Sabtu, 21 Disember 2013

Cuba nasib

Jumaat. Jam 10:30 malam.

Aku keseorangan di apartment. Zain masih belum lagi pulang dari kerja. Mungkin dia menghabiskan masa di mamak atau kafe sebelum pulang ke apartment.

Aku membelek-belek Samsung Galaxy SIII di tanganku sambil aku melabuhkan badan di atas sofa di ruang tamu.

"Mel..", tiba-tiba namanya terpancul di mulutku. Telefon pintar yang aku belek di tangan telah mengingatkan aku kepada Mel.

Sejak peristiwa pertemuan aku, Zain dan Mel di sebuah kafe franchise terkenal di KLCC tempoh hari, aku dan Mel seakan renggang. Di pejabat, aku juga agak jarang dapat bertemu atau berkomunikasi dengan Mel. Mungkin kerana tiada keperluan untuk kami kerap bertemu, atau mungkin juga kerana aku mahu menjauhkan diriku dari Mel buat seketika.

Mungkin ini ini peluang aku untuk membetulkan keadaan. Kenapa aku mahu jauhkan diri dari Mel? Walaupun aku tidak berapa suka Mel berkenalan dengan Zain, itu bukan alasan untuk aku menjauhkan diri darinya.

Aku menghantar mesej ke Mel melalui WhatsApp.

Aku : Hello Mel :-) Kat mana?

Mel : Hey there luv! I kat depan TGV KLCC tengah nak beli tiket midnite.

Luv?!  Adakah ini isyarat dari Mel? Apapun, satu perkara yang telah aku belajar dari sekolah menengah tentang perempuan ialah jangan mudah termakan kata-kata manis sekiranya ianya pertama kali kau dengar dari mulutnya. Mungkin itu hanya  gurauan, atau mungkin itu juga perangkap.


Ahh, persetankan tentang maksud sebenar 'luv' yang datang dari Mel itu. aku perlu fokus untuk mendekati Mel buat masa ini. Aku perlu mencuba nasib.

Aku cuba menawarkan diri untuk menemani Mel menonton filem tayangan tengah malam.

Aku : Senyap2 je plan nak tengok midnite. Tak nak I temankan? :-)

Mel : Dont worry. Im wit your friend Zain :-)

Hatiku sedikit tersentak apabila Mel memberitahu yang dia ditemani Zain.

'Titt... titt'.

Bunyi menandakan ada mesej baru di dalam apps WhatsApp.

Zain : Bro, jangan risau la. Aku ada jaga Mel :-)

Aku terus duduk di sofa apabila menerima mesej dari Zain. Macam mana Zain boleh bersama dengan Mel? Fikiranku yang tadinya tenteram mula menjadi kusut.

Aku tak tahu bagaimana hendak ku balas mesej dari Zain. Cemburu datang merasuk apabila mengetahui yang Zain sedang bersama Mel. Tapi apakah cemburu aku itu berguna sekiranya perasaan itu hanya wujud dalam diri aku yang memendam perasaan terhadap Mel?

Aku : Take good care of her....

Itu sahaja yang mampu aku balas. Hati kecil ini terus membengkak dengan cemburu. Aku letakkan smartphone Samsung Galaxy SIII ku ke atas coffee table di tengah ruang tamu. Aku melabuh badanku ke atas sofa agar perasaan ini dapat kembali tenang.

'Titt... titt'.

Aku terus mencapai Samsung Galaxy SIII dan terus membuka app WhatsApp.

Zain : ABSOLUTELY bro!  >;-)

'Titt... titt'.

Mesej masuk lagi ke Samsung Galaxy SIII ku, dan ianya dari Zain.

Zain : Btw, tak payah risau kalau aku tak balik rumah... 

Cemburuku makin membuak.

Selasa, 17 Disember 2013

susah

* kau tak boleh buat aku macam ni. ingat aku takde perasaan ke?
# aku tak boleh hilang kau. aku tak kisah kau nak kata aku pentingkan diri ke apa, yang aku tahu aku taknak hilang kau. hidup aku macam tak lengkap kalau kau takde xandria. tolonglah sabtu ni bagi aku tengok muka kau for the last time. tolong senyum depan aku dan ketawa. itu aku nak tengok sebelum kau betul betul dengan keputusan kau xandria.

#xandria, kau free? aku nampak kau dah. jom lepak luar kejap. bagi aku tengok muka kau dekat lagi.
*okay

dari pandangan sisi hingga muka tu betul betul di hadapan aku. muka yang aku berat nak tengok. muka yang panah hati aku. muka si dia si pencuri hati. perbualan serious kini bertukar menjadi lebih santai. atau lebih senang menjadi seperti biasa. seperti tiada apa apa berlaku. gelak ketawa tepuk tampar hingga larut malam.

keadaan menjadi seperti biasa. dia perlu aku. aku perlu dia.

sekarang. siapa yang tidak tetap pendirian?

xandria.

Isnin, 16 Disember 2013

Kali pertama

"Macam mana rasa dia?"

"Susah nak cerita. Kau kena rasa sendiri, baru kau faham."

"Kau confirm ke yang ilham boleh datang?"

"Betul bro, aku tak tipu. Cubalah..."

Bersusah payah Din cuba meyakinkan Adrian untuk mencuba rokok yang bertembakaukan 'herba ajaib', namun Adrian masih ragu-ragu. Din faham. Bukan mudah untuk seseorang itu mencuba sesuatu yang asing dari kebiasaan. Perlu ada pujuk-rayu agar seseorang itu terbuka hatinya untuk mencuba.

Terlalu kerap Adrian bising-bising tentang ketandusan idea dalam mengarang. Adrian baru sahaja menerima tawaran untuk menyiapkan sebuah novel fiksi pertamanya, dan ternyata ianya satu tugas berat jika dibandingkan dengan mengarang cerpen.

Sebelum ini Adrian begitu terkenal dengan cerpen-cerpennya yang dimuatnaik di blog.Tanpa disangka, hobi diwaktu lapangnya itu telah berjaya memikat sebuah syarikat penerbitan kecil indie untuk menerbitkan novel sulungnya yang bertemakan fiksi. Jika dia mampu menulis 3-4 cerpen sehari, pasti tidak sukar untuk Adrian menyiapkan sebuah novel fiksi yang mempunyai lebih dari 40,000 patah perkataan.

Adrian berjanji akan memberikan draf novel fiksinya kepada syarikat penerbitan indie tersebut dalam masa 6 bulan. Kini sudah masuk minggu terakhir bulan kelima, Adrian masih gagal menyiapkan draf novelnya. Ini semua membuatkan dia runsing. Janji perlu ditepati. Yang menjadi masalah, ilham masih tidak mahu datang ke dalam kepalanya.

"Lama sangat kau komplen pasal takde idea. Apa kata kau cuba ni..." ujar Din kepada Adrian sambil menghulurkan rokok bertembakaukan 'herba ajaib'.

Din tahu yang Adrian amat memerlukan segala bantuan untuk mendapatkan ilham. Sudah 4 tahun Din dan Adrian berkongsi sebuah apartmen sewa yang menjadi tempat tinggal mereka sejak mereka mula berpindah ke ibukota untuk bekerja dari kampung halaman mereka di sebuah pekan kecil di utara, dan dia tidak pernah melihat Adrian begitu terdesak tentang sesuatu seperti apa yang dilihatnya sekarang ini.

Sebagai seorang sahabat yang prihatin, Din merasakan yang dia perlu membantu Adrian. Tidak sanggup dia melihat sahabat karibnya itu terus-menerus lemas dalam gundah-gulana. Pada pandangan Din, hanya ada satu jalan yang mampu dilakukannya untuk Adrian buat masa ini, iaitu memperkenalkan Adrian kepada 'herba ajaib'.


                                   =================================


"Dah lama ke kau pekena benda ni Din?"

"Dah lama jugak. Tapi aku tak nak kecoh-kecoh."

"Apasal kau tak nampak macam penagih?"

"Ini bukan dadah Ad, ini recreational herbs".

Jawapan terakhir Din itu telah membuka hati Adrian untuk menyambut rokok yang disua oleh Din kepadanya. Adrian seorang perokok tegar, namun dia tidak pernah sekali dalam hidupnya dia menikmati 'herba ajaib'. Apa yang dia dengar dari orang, 'herba ajaib' mampu membuatkan peggunanya ketagih. Mungkin dia perlu mencuba untuk melihat sejauh mana kebenarannya disamping mengesahkan apa yang dikatakan oleh Din tentang keupayaan 'herba ajaib' membantu manusia mendapatkan ilham.

Adrian mula berjalan ke arah balkoni apartmen selepas mendapatkan rokok yang bertembakaukan 'herba ajaib' itu dari tangan Din. Di ruang bakoni, Adrian pun menyalakan rokok bertembakaukan 'herba ajaib' itu, dan dia mula menikmatinya.

"Uhuk! Uhuk!" Adrian tersedak. Matanya berair. Tidak disangka sedutan pertama asap 'herba ajaib' itu begitu keras rasanya. Begitu berbeza sekali rasa menyedut asap tembakau berbanding menyedut asap 'herba ajaib'.

Din yang memerhatikan aksi Adrian dari tempat dia melabuhkan badan di sofa di ruang tamu apartmen ketawa berdekah-dekah.

"Pelan-pelan kayuh Ad. Benda tu bukan macam rokok yang biasa kau isap", Din mencelah dalam ketawa yang masih galak.

Adrian yang masih lagi merasa perit akibat sedutan pertamanya tersegih memandang Din.

"Lain kali bagitau la awal-awal. Nasib baik aku tak mati tersedak."

Selepas nasihat Din, sedutan kali kedua yang dilakukan Adrian lebih lembut berbanding sedutan pertama. Adrian yang sebelum ini ragu-ragu dengan saranan Din tentang 'herba ajaib' mula merasai satu kelainan apabila dia mula menyedutnya buat kali kedua. Setelah menghembus keluar asapnya, Adrian mengulangi sedutannya.

Sedutan ketiga, keempat, kelima.

Angin malam mula bertiup. Keadaan di ruang balkoni menjadi dingin. Adrian nampaknya sudah dapat membiasakan diri menikmati 'herba ajaib' pemberian Din.

Dari ruang balkoni, Adrian memandang Din yang duduk di sofa dengan senyuman. Entah bagaimana Adrian merasai satu ketenangan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini apabila dia menikmati rokok pemberian Din. Mungkin 'herba ajaib' ini mampu membantu dirinya untuk mendapatkan ilham.

"Thanks Din", ucap Adrian dengan senyuman.

Din mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat OK.



Khamis, 12 Disember 2013

Trip akhir.

Jam 10 malam, Jamil bingkas bangun dari kerusi kaunter tiket Syarikat Bas Gunung Lambak dan bergerak ke arah bas yang akan dipandunya. Sudah hampir 3 tahun dia bertugas sebagai pemandu bas penumpang. Jamil membakar sebatang rokok sebelum menghidupkan enjin menggerakkan bas yang dipandunya meninggalkan Perhentian Bas Kluang untuk menghala ke Bandar Kota Tinggi. Jamil mengerling ke cermin pandang belakangnya, memandangkan ini adalah trip terakhir, bilangan penumpang tidak ramai, tidak sampai separuh daripada bilangan tempat duduk didalam bas dipandunya.

Laluan sejauh lebih kurang 34km yang saban hari ditempuhi menyebabkan Jamil seakan sudah menghafal setiap lekuk lubang jalan dan selekoh di sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 34km itu. Jamil menyanyi kecil mengikut lagu-lagu yang ke udara di radio sambil sekali sekala menyedut rokok surya di tangannya.

"Ting !" bunyi loceng dibunyikan menandakan ada penumpang yang mahu turun, perlahan-lahan Jamil menekan brek dan memberikan isyarat kiri, lalu berhenti di bahu jalan. Setelah penumpangnya turun Jamil meneruskan perjalanannya. Ketika bas yang dipandunya menghampiri Taman Seri Lambak loceng bas dibunyikan berturut-turut, menandakan ramai penumpang ingin turun di sepanjang kawasan taman perumahan itu.

Suasana sepanjang jalan ke bandar Kota Tinggi agak gelap dan lengang dan dikelilingi ladang-ladang kelapa sawit, hanya sesekali sahaja terdapat kenderaan berselisih dengan bas yang dipanduya. "Patutlah lengang, sudah pukul 11.." Desis Jamil sendirian. Dia kemudian menoleh ke cermin padang belakang bas, dilihatnya masih ada beberapa penumpang yang belum sampai ke destinasi mereka. Seorang demi seorang penumpangnya menekan loceng untuk turun. Sewaktu menurunkan 3 orang penumpang terakhir kira-kira 7 kilometer dari Bandar Kota Tinggi Jamil terasa hatinya berdebar-debar apabila basnya bergerak semula. Jamil terasa seperti sedang diperhatikan. Dia mengerlingkan matanya ke arah cermin pandang belakang, kosong. Tiada penumpang yang tinggal, semua penumpangnya sudah pun turun di destinasi mereka.

Jamil menguatkan radio bas yang dipandunya, Dia menyeluk tangannya ke poket uniform merah yang disediakan oleh syarikatnya dan mengeluarkan sekotak surya, membakar sebatang rokok. Berkepul-kepul asap rokoknya memenuhi ruangan bas yang kosong itu. Jamil berlagak selamba seperti biasa, menenangkan perasaan hatinya itu. mulutnya menyanyi mengikut lagu yang ke udara.

Ketika melepasi satu selekoh tajam Jamil terasa bas yang dipandunya agak berat seakan terlebih muatan. Jamil lalu menghentikan basnya di bahu jalan dan turun memeriksa satu demi satu tayar basnya, bimbang kalau-kalau ada tayar yang pancit. Elok. keempat-empat tayarnya elok sahaja. Setelah berpuas hati Jamil meneruskan perjalanannya semua. Dia perlu menghantar bas yang dipanduya ke bengkel syarikat tempat di bekerja setiap hari setelah habis bekerja.

Ting !

Loceng bas berbunyi menandakan ada penumpang yang mahu turun dan serentak dengan bunyi itu mata Jamil melihat ke cermin pandang belakang. Kosong, tiada sesiapa. Hati Jamil mula dipagut cemas. Jantungnya berdetak deras sederas air Sungai Kahang mengalir di musim hujan. Dahinya mula basah dengan peluh dingin. Bulu tengkuknya meremang.

Ting ! Ting ! Ting ! Tinggggg !!!!!

Loceng bas terus berbunyi seolah-olah ditekan tidak berhenti. Dan tanpa di suruh kaki Jamil memijak pedal minyak rapat ke lantai. Jamil sudah tidak berani untuk melihat ke cermin pandang belakangnya lagi. Bas dipandunya memecut laju. Jamil sudah tidak peduli akan keselamatan dirinya. Dia hanya mahu sampai secepat mungkin ke bengkel syarikat, menghantar bas yang dipandunya dan cepat pulang ke rumah. Di dalam kepalanya sudah pun terfikir untuk menghantar notis berhenti kerja, biarlah ini menjadi trip terakhirnya memandu bas di laluan ini. Bas terus memecut laju.

"Bang, jangan laju sangat depan tu ada selekoh tajam, saya dulu mati terbabas dekat selekoh itu la.."

Jamil menoleh apabila terdengar suara bercakap dan bahunya terasa di tepuk orang. Muka Jamil berubah pucat. Tiada siapa, hanya dia bersendirian. Pandangan matanya gelap, Jamil pengsan. Bas terus bergerak laju menuju ke selekoh dan terus ke dalam gaung.


Isnin, 9 Disember 2013

Baik

"Kenapa?" Mak.

"Sebab dia baik." Aku.

Itu sahaja jawapan aku. Perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya. Betul.

Perempuan baik untuk lelaki tidak baik dan sebaliknya. Juga betul.

Biarkan baik itu bertebaran ke setiap ceruk. Biarkan semua merasa.

Aku bukan lelaki baik. Tetapi aku ada dia yang baik.

Aku bukan lelaki baik yang setiap hari  bertambah baik.

Terima kasih untuk kebaikan.

Harap semua baik baik sahaja.

Isnin, 25 November 2013

Ghairah Rimba

Hairul mendongak ke langit. Hari beransur gelap. Sang senja sudah mula melebarkan sayapnya. Tak lama lagi, siang akan bertukar malam. Hairul tahu dia harus cepat mengumpul kayu-kayu kering untuk dijadikan kayu api sebelum hari gelap. Pembahagian kerja semasa di tapak mereka mendirikan khemah tadi memaksa dia meredah hutan mencari kayu api berseorangan. Hairul dengan senang hati menerima tugasan itu, sebagai seorang yang sangat berminat mengambil gambar serangga Hairul menganggap tugasan mencari kayu api itu juga satu kesempatan untuk dia mengambil lebih banyak gambar serangga-serangga yang akan dia temui di hutan itu. Dan akhirnya dia terleka.

Hairul bingkas menyimpan kamera di dalam beg sandang yang di bawanya, matanya meliar mencari kayu api di sekitar tempat dia berdiri. Tiba-tiba dia terlihat seorang gadis sedang duduk berjuntai kaki di celah dahan bercabang dua yang agak rendah.

Hatinya berdebar. Perasaan takut mula bersarang di dalam hati Hairul, "Ahh mungkin gadis itu dari perkampungan orang asli yang aku lintasi sebelum sampai ke tapak perkhemahan tadi kot.." Getus hati Hairul menghalau perasaan takut yang mula bersarang di dalam hatinya. Hairul terus menapak menuju ke arah gadis itu.

"Adik, boleh abang tumpang tanya tak?" Hairul memulakan perbualan setelah hampir dengan dahan tempat gadis itu leka berjuntai kaki.

"Boleh, apa salahnya. Abang nak tanya apa? Abang sesat ke?" balas gadis itu sambil tersenyum memandang Hairul.

Dada Hairul berdebar, degup jantungnya berdetak laju melihat senyuman manis gadis itu. Hairul terus menyatakan tujuan kedatangannya. Gadis yang tidak lekang dengan senyuman manis itu terus terjun dari dahan tempat dia duduk dan berjalan beriringan dengan Hairul untuk menunjukkan di mana terdapat banyak kayu api. Hairul mencuri-curi pandang ke arah gadis disebelahnya itu ketika mereka beriringan berjalan. Cantik. Paras rupanya memang menawan, dadanya kelihatan jelas menonjol seolah-olah mahu terkeluar dari baju, bentuk badannya begitu mengiurkan dan lengang punggung gadis itu berjalan mengegar tiang keimanan Hairul.

Senja itu mereka berpisah setelah kayu api yang dicari Hairul dirasakan sudah mencukupi dan mereka berjanji akan bertemu kembali menjelang tengah malam di dahan tempat gadis itu duduk berjuntai kaki. Sesampai sahaja di tapak perkhemahan Hairul dimarahi oleh ketuanya kerana lewat. Rakan-rakannya mula berasa bimbang kerana dia lewat pulang ke tapak khemah. Hairul hanya menjawab dengan senyuman.

Selepas makan malam, Hairul berjalan menyusuri arah yang dilaluinya senja tadi dengan harapan Haznah, gadis cantik yang memikat hatinya itu sudah pun menunggu di tempat yang mereka janjikan sebelum berpisah senja tadi. Tidak lama Hairul menunggu dia sudah pun dapat melihat kelibat Haznah melenggang lenggok berjalan menuju ke arahnya dengan senyuman. Hairul terpukau apabila melihat Haznah mengenakan baju yang berkain nipis sehingga puting susunya kelihatan jelas menonjol disebalik baju yang dipakainya. Tidak berkelip mata Hairul memandang daging pejal didada Haznah yang bergoyang-goyang mengikut lenggoknya berjalan.

Apa abang tengok tu? Malu Haznah..

Abang..abang tengok keindahan.. Jawab Hairul tergagap, segan apabila dia tertangkap oleh Haznah.

Haznah hanya tersenyum mendengar jawapan Hairul dan mereka akhirnya sama-sama tertawa. Hairul mengajak Haznah berjalan sambil bercerita tentang diri masing-masing. Mereka berpimpin tangan sambil berjalan seperti pasangan kekasih dan akhirnya berhenti untuk duduk di sebatang pokok balak besar yang sudah mula mereput tumbang ke bumi.

Pandangan mata mereka bertemu.Hairul merapatkan mukanya ke arah Haznah dan mula mencumbui Haznah. Bibir merah bak delima Haznah dihisap semahunya, lidah Hairul bermain-main di dalam mulut Haznah. Haznah hanya diam tidak melawan atau membantah dan akhirnya lidahnya juga turut memberikan penentangan kepada lidah Hairul yang cuba menjarah mulutnya. Mereka bagaikan terapung di lautan cinta. Bunyi cengkerik bagaikan alunan muzik romatik bagi mereka. Degus nafas mereka semakin keras. Tangan Hairul sudah pun bermain-main di dada pejal Haznah. Lidahnya pula sudah mula turun ke pangkal leher Haznah, Haznah memejam mata menikmati sentuhan dari Hairul. Bajunya sudahpun terlepas dari badan dan dijadikan alas untuk mereka bertarung. Hairul sudah lama terlupa akan tunangnya, lupa di mana dia berada, Nafsunya sudah berada di puncak, senjatanya sudah bersedia minta di jamu. Hairul membaringkan Haznah, kain yang dipakai Haznah di singkap ke atas, peha Haznah yang kelihatan putih melepak di bawah sinar rembulan mengambang itu di kuak luas mengangkang di hadapannya dan mereka sudah pun berada di posisi bersedia untuk memulakan pelayan cinta mereka.

----------

Di kawasan perkhemahan Pak Usop ketua rombongan mereka mula diburu rasa bimbang apabila Hairul didapati hilang dan tidak pulang-pulang. Di kejauhan, bunyi kokok ayam hutan sayup-sayup kedengaran menandakan hari hampir siang. Pak usop mengajak rakan-rakan yang lain untuk keluar mencari Hairul. Bimbang dia jika anak buahnya itu di serang oleh binatang buas. Di hutan rimba yang jarang di masuki manusia seperti itu macam-macam boleh terjadi. Mereka terus mencari Hairul, puas mereka berjalan mencari Hairul, perit tekak menjerit melaungkan nama Hairul berulang kali tetapi Hairul tetap juga tidak di temui.

Akhirnya Pak Usop mengarahkan anak buahnya berhenti mencari dan kembali ke tapak perkhemahan kerana bimbang mereka juga akan turut tersesat di dalam gelap malam di hutan itu. Pak Usop bercadang memohon bantuan dari perkampungan orang asli yang mereka lalui sebelum sampai ke tapak perkhemahan mereka pagi tadi.

Dengan bantuan seorang pawang dari perkampungan orang asli itu mereka akhirnya berjaya menemui Hairul tersandar tidak sedarkan diri dalam keadaan berbogel di perdu sebatang pokok balak yang besar. Pawang tersebut mengarahkan mereka mengusung Hairul ke pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalan mereka pulang ke perkampungan orang asli itu mereka dapat mendengar tangisan wanita yang merayu-rayu meminta jangan memisahkan dia dan Hairul. Tegak bulu roma mereka mendengar tangisan dan rayuan itu. Mereka melangkah laju dengan harapan cepat sampai ke perkampungan orang asli. Mulut Pak Usop terkumat kamit membaca ayat-ayat Al-quran yang di hafalnya tetapi jelas semuanya terabur tidak tersusun. Pawang orang asli itu pula melangkah tenang seolah-olah tiada apa berlaku sambil mulutnya mengarahkan mereka berhati-hati melangkah di dalam gelap malam itu.

Setelah sampai ke rumah pawang tersebut Hairul di bawa ke dalam sebuah bilik untuk di ubati. Akhirnya Hairul berjaya di ubati dan mula sedar, Dia berada didalam keadaan bingung dan tersipu-sipu malu apabila di beritahu dia di jumpai di dalam keadaan berbogel tanpa sehelai pakaian pun di tubuhnya. Hairul memandang sekelilingnya mencari-cari kalau Haznah yang di tidurinya ada di situ tetapi hampa apabila tiada kelibat Haznah kelihatan. Hatinya benar-benar sudah terpaut dengan Haznah. Walaupun begitu, sempat juga Hairul menjeling ke arah anak gadis pawang orang asli yang berdiri di pintu bilik sambil tersenyum memandang kepadanya. Hati remajanya berdetak "Cantik juga gadis ni !!"

Rabu, 20 November 2013

sendiri

dah dua post baru nak kenalkan diri.

aku.

PiloppaXandria. berumur lebih dari duapuluh dan kurang dari tigapuluh.

post diinspirasi dari pengalaman sendiri dan hal sekeliling.

jangan risau. semua...

kisah benar.

xoxo,
xandria

Jumaat, 15 November 2013

Hidup liar dengan alam

Aku bukan lembu ternak yang dicucuk hidung, yang hanya tahu patuh mengikut tanpa membantah apabila tali hidung ditarik tuannya. Aku juga bukan biri-biri yang hanya tahu bergerak di dalam kawanan besar yang dikawal oleh si pengembala tanpa bertanya kemana akhirnya kami akan dibawa. Biarkan aku jadi seladang liar di hutan tebal, atau menjadi kambing gurun yang hidup di bukit berbatu yang tinggi.

Aku mahu jadi seladang liar yang bebas berkeliaran di dalam hutan dari menjadi lembu ternak di kandang. Walaupun hidupku akan terdedah kepada bahaya harimau dan buaya, kebimbangan itu tidak dapat menenggelamkan nikmat yang aku rasai ketika menjalani hidup yang bebas dan begitu hampir dengan alam. Aku dan alam menjadi satu.

Dalam kebebasan hidup bagai seladang, pasti akan aku tempuhi jalan yang gelap dilindungi belukar. Mungkin di sebalik belukar itu ada padang ragut dan sungai jernih untuk ku nikmati, atau mungkin juga di sebalik belukar itu ada harimau dan buaya sedang menunggu. Itu semua tidak aku gentar. Biar ku redah belukar itu agar aku dapat kepastian.

Aku mahu jadi kambing gurun yang menghabiskan masa berkeliaran memanjat bukit-bukau berbatu yang tinggi dari menjadi biri-biri yang meragut di tanah lapang. Walau maut dan bahaya mengikutiku setiap langkah, ketakutan itu tidak mampu menenggelamkan nikmat yang aku rasai apabila dapat melihat betapa luas dan indahnya alam yang terbentang dan betapa nyamannya rasa apabila angin gunung menerjah tubuh.

Dalam kebebasan hidup bagai kambing gurun, pasti akan aku temui jalan curam yang diselindungi kabus. Mungkin disebalik kabus itu ada jalan yang akan membawa aku ke tempat yang lebih tinggi untuk aku nikmati pemandangan alam yang lebih cantik, atau di sebalik kabus itu mungkin ada jalan rapuh yang boleh membawa kepada ajalku. Itu semua tidak aku gentar. Akan aku redah kabus itu agar aku tahu apa yang tersembunyi.

Biarkan aku bebas bagai seladang liar atau sebagai kambing gurun. Tak perlu kau bimbangkan segala bahaya dan bencana yang menunggu kerana itulah jalan yang aku pilih. Biarkan aku hidup dengan caraku.

Mungkin apabila kita berjumpa kelak, kita boleh bertukar cerita, berkongsi rasa, dan moga itu dapat menolong kita menjadi lebih faham akan rencah dunia.

Dua Sisi Aku.

Ada dua.
Kau pilih. 
Mahu aku jadi apa?
Mahu aku jadi bagaimana?

Tak susah penuhi kemahuan kamu. 
Payah lagi membuat pilihan.

Rabu, 13 November 2013

Bukan seperti yang kau sangka

Setelah lama berada di dewan makan kerana sibuk menyambut dan melayan tetamu pada majlis persandingan sepupu perempuan sebelah ibuku, aku mengambil keputusan untuk keluar dan berehat sebentar di sebuah ruang rehat yang disediakan di bahagian sebelah kanan ruang legar depan pintu masuk ke dewan makan tersebut.

Setibanya aku di sana, aku lihat sudah ramai saudara-mara memenuhi ruang rehat itu. Deretan kerusi banquet yang disediakan hampir penuh diduduki. Mungkin mereka juga mahu melepas lelah selepas penat menyambut dan melayan tetamu yang hadir di majlis persandingan itu seperti juga aku.

Tanpa berlengah aku terus menuju ke sebuah kerusi kosong paling hujung yang terletak di sebelah pintu masuk bilik air. Kedudukannya yang hampir dengan bilik air menjadikan ianya bukan pilihan utama untuk orang duduk melepas penat. Mana mungkin dapat rehat dengan selesa kalau terpaksa menghidu bau hancing yang keluar dari bilik air.

Memandangkan tiada lagi pilihan, aku terpaksa duduk di kerusi tersebut. Aku duduk bersebelahan dengan Pak Ngah, pakcik sebelah ibuku. Aku menegur Pak Ngah dan mula berbual hal-hal keluarga dengannya, sebelum meleret ke hal bolasepak.

“Pak Ngah penyokong tegar M.U. Dah lama Pak Ngah ikut M.U”, jelas Pak Ngah kepadaku. “Sekarang ni memang la M.U merudum, tapi Pak Ngah pasti, Pak Ngah yakin tak lama lagi M.U akan bangkit.”

“Payah jugak diaorang nak bangkit Pak Ngah. Pasukan-pasukan lain semua hebat-hebat”, sampukku.

“Setiap yang jatuh, pasti akan bangkit, percayalah cakap Pak Ngah. Kelantan tu tak lama lagi M.U akan jatuhkan!” kata Pak Ngah bersemangat. Aku pelik. Mungkin Pak Ngah terkeliru antara Barclays Premier League dan Liga Super Malaysia kerana terlalu bersemangat bercerita tentang sokongannya kepada pasukan bolasepak kesayangannya.

“Bukan Kelantan, Arsenal la Pak Ngah”, aku menambah sambil tersenyum sinis.

“Pak Ngah cerita tentang Melaka United la, bukan Manchester United!” jawab Pak Ngah tegas sambil merenungku dengan mata yang membulat. Senyum sinis ku tadi sudah bertukar kelat.

Sabtu, 9 November 2013

Sahabat.

6/11/2008.

"Aku mengandung sekarang ni, dah masuk 4 bulan.. Aku dah cuba bermacam cara untuk gugurkan, tak juga berjaya.. apa aku nak buat ni?" Tina bercerita sambil terdengar esak tangisnya di hujung talian telefon..

Tina aku kenal sewaktu merempat di tepi jalan di Seremban. Waktu itu aku sedang gila mengikut kata hati remaja aku. Sedang memberontak melawan segala cakap ayah aku. Waktu itu tiada siapa betul selain aku. Tidur di Taman Tasik Seremban beralaskan beg pakaian, Mandi di tandas Terminal One tidak bersabun. Benar, aku gila ketika itu bila dikenangkan semua sekarang.

Sama seperti aku, jiwa remaja Tina juga sedang memberontak.  Ayahnya seorang pemandu teksi berkahwin dengan seorang wanita dari Indonesia, membiarkan ibunya merana di rumah terkontang-kanting mengambil upah menjahit baju untuk menampung keluarga.                                    

"Bang, boleh tumpang lepak sini ?" Ayat pertama dari Tina sewaktu mula kami berkenalan.

Waktu itu aku sedang berbaring cuba untuk tidur sambil merenung langit berharap tidak akan datang hujan. Dan bermula dari hari itu setiap hari kami berjumpa, bertukar cerita dan akhirnya menjadi teman akrab.

----------

"Masalahnya ini bukan anak tunang aku, tunang aku baik tak pernah sentuh aku." Jawab Tina sewaktu aku menyuruh dia memaksa tunangnya mempercepatkan pernikahan mereka.

"Celaka!. Habis siapa?"

"Hisyam."

Hisyam, pemuda berasal dari Machang, Kelantan. Seorang yang berkulit putih, tinggi dan boleh dikategorikan sebagai kacak. Supervisor di kilang tempat Tina bekerja. Bermula sebagai kawan tempat Tina meluah rasa hati dan menghilangkan sunyi sewaktu tunangnya yang bertugas sebagai anggota tentera berkursus selama 3 bulan di Sabah, hubungan mereka akhirnya berakhir di tempat tidur. Tubuh Tina menjadi santapan harian Hisyam. Segala ceruk tersembunyi di tubuh gebu Tina sudah berjaya ditawan Hisyam. Dan selepas Tina mengandung Hisyam menghilangkan diri pulang ke kampung halamannya dengan kejayaan besar menawan tubuh Tina tanpa ikatan. Meninggalkan zuriat di rahim tanda kenangan.

----------

"Aku kusut, aku rasa baik aku mati. Ok la terima kasih atas segala nasihat. Bagusnya kalau kau masih ada di Seremban. kau memang kawan aku dunia akhirat. Bye."

Ayat terakhir Tina ucapkan untuk aku sebelum menamatkan pebualan telefon hari itu. 3 hari selepas panggilan telefon dari Tina, aku mendapat pesanan ringkas mengejutkan dari seorang rakan di Seremban.

"Tina meninggal, Polis jumpa mayat dia dekat Sikamat. Bedah siasat cakap overdose gam."

----------

Hari ini, 9/11/2013 genap 5 tahun Tina pergi dan seperti tahun-tahun lalu di tarikh ini aku hanya mampu menyedekahkan Al-fatihah sebagai tanda ingatan buat seorang sahabat yang pernah sama-sama mengutip rokok buangan orang di jalanan untuk di hisap. Pernah sama-sama tidur dibawah langit malam sambil berharap hujan tidak akan datang. Terima kasih kawan untuk kenangan, maaf aku tiada sewaktu kau memerlukan. Semoga tenang disana di sisiNYA.

Al-Fatihah.

Jumaat, 8 November 2013

Nasi Lemak

"Wanna be the king of the hills for tonight" Sue memulakan bicara dia pagi ini, wajah Sue sungguh ayu pagi ni menjadikan jiwa aku tidak keruan. Dengan susuk tubuh yang cukup buat jiwa mana lelaki pun bergetar.

"Menu?" jawab aku tenang.

"Nasi lemak for sure and a juice of carrot and peanuts will do for me" balas Sue penuh makna untuk aku.


"Yeah see you tonight" kata aku dan kini aku berfikir


Nasi lemak di Bukit antrabangsa!!!


Rabu, 6 November 2013

BABI SENTAP!!!!

Jalan raya agak sunyi malam ini, aku berjalan tanpa arah tujuan tak tahu mana kaki ini akan terus melangkah. Sampai dihujung satu lorong aku berhenti dan memerhati keadaan sekeliling, secara tiba -  tiba aku tersentak bila aku lihat dibahagian kiri tempat aku berdiri berlakunya kekecohan. Ramai orang bertempiaran lari, bagai ada letupan bom disana, sebentar kemudian kelihatan seekor babi berjalan tenang dibelakang mereka.

“hmm padan lah semua lari ada babi rupanya” getus hati kecil aku

Babi tersebut berjalan bangga menghampiri aku, namun aku buat keputusan untuk tidak berganjak. Beberapa ketika babi itu sudah ada disebelah aku.

“woi manusia kau tak nak lari ke kan aku keji pada pandangan kamu semua, nanti tersentuh baru padan muka kau” babi memulakan bicaranya.

“apasal pulak aku nak lari, kalau tersentuh aku samak jelah apa yang susah” balas aku bersahaja.

Entah dari mana secara tiba-tiba datang sebuah kereta bergerak laju dan hampir melanggar aku.

“babi butoh sial memang babi betul tak Nampak ke woi” jerit aku sekuat hati, sejenak kemudian aku perasaan ada sepasang mata memerhati aku penuh makna.

“ahhh cilake aku tak perasan babi ni sebelah aku” kata aku dalam hati.

“yang pandu manusia, yang dipandu pulak kereta dan kau menyalahkan aku?” babi tersebut mula berkhutbah.

“kau tengok sana perempuan tu terkangkang terima tujahan dari lelaki bukan suaminya, kenapa tak manusia lain jijik? Kan haram ? tingkap hotel pun tak ditutupnya tak tahu malu ke?. Tu sana pulak orang islam minum arak tu tak jijik ?tak haram ke? Di restoran sana ramai melayu duduk melihat keputusan tikam nombor tidak kah itu haram” luah babi penuh sindiran pada aku.

“Bangga dengan melayu kau pandang hina pada aku haiwan yang dicipta sama seperti kau, padahal tak haram pun sentuh aku ….puiiihh” ludah  babi sambil melangkah pergi.


Cilake !!!!

Selasa, 5 November 2013

Merenung Bintang

Aku renung bintang pada malam hari. Berharap agar ada jawapan. Tapi bintang tetap bintang. Kekal bersinar mekar bercahaya. 

*kelip*

Aku fikir sendiri, ahh bintang mana ada jawapan. Apa bodoh aku ikut sastera orang lama. Mereka kata renung bintang ada ilham. 

Butoh!

Tapi...

Aku renung juga, dan tetap berharap. Kalaulah bintang itu makwe, atau gadis, atau wanita, atau apa sahaja yang mempunyai buah dada dan pepet, tentu dia jatuh cinta pada aku.

Aku punya renungan ni boleh tahanlah juga. 

Orang kata.

*kelip* *kelip*

Sebenarnya aku tak perlu renung sejauh itu. Jawapan aku cari ada pada aku. Cuma perlu teroka.

Tapi...

Apa yang aku nak teroka?

Jawapan?

Apa persoalannya?

Aku buntu. Aku fikir lagi.

Fikir.

Fikir.

Fikir.

Dan fikir.

Sampai masa nanti aku tahu aku perlu pancut kat mana.


Sesudah Klimaks

Aku ke utara
Kau selatan
Punggung berlaga
Kita pengsan

Hela nafas
Desah
Tarik nafas
Gelisah

Sepi
Kelam dan sunyi

Angin berderu

Aku peluk aku
Kau peluk kau
Mata layu
Hati lemau

Pejam

Tik tok tik tok
Tik tok tik tok

Lena...

Rabu, 30 Oktober 2013

Engkau kini lebih suci dari mereka


Dahulu, kau hidup melarat di celah lorong yang gelap, lembab dan hanyir ini. Tiada cahaya yang menerangi. Rasa hati menjadi mata, rasa hati menjadi petunjuk jalan.

Kau jamah apa yang ada di depan mata tanpa memikirkan yang terhidang itu daging atau bangkai, kerana mata tidak mampu melihat apa yang terhidang. Kau minum air dari lopak air yang kau jumpa, tanpa mengetahui sama ada ianya air dari kolam air yang jernih atau air dari lopak becak yang berlumpur lagi berselut.

Setelah sekian lama kau hidup di lorong yang gelap, lembab dan hanyir itu, kau telah diberikan sebatang obor oleh seorang tua berpakaian putih yang sedang menumpang lalu di lorong itu. Dia berikan kau obor itu kerana dia tahu yang kau lebih memerlukan. Dia tidak kisah jika terpaksa berjalan di lorong gelap itu tanpa obor kerana dia mampu mengharungi kegelapan lorong itu kerana dia juga pernah mendiami lorong itu dan dia sudah tahu akan selok beloknya.

Dengan obor itu segala yang malap dan gelap sebelum ini telah menjadi terang dan nyata. Kau sudah dapat melihat dan membezakan daging dari bangkai sebelum kau jamah, dan kau sudah dapat membezakan kolam air jernih dari lopak becak berlumpur sebelum kau cedok airnya untuk kau membasah tekak.

Dengan obor yang baru kau peroleh itu, kau menyusur masuk lebih dalam di lorong yang gelap, lembab dan hanyir yang pernah kau diami sebelum ini didalam kegelapan. Semakin dalam kau masuk, kau mula bertemu dengan mereka-mereka yang sedang hidup seperti waktu kau hidup dalam kegelapan sebelum ini, yakni mereka-mereka yang makannya terdiri dari daging dan bangkai, minumnya pula antara air jernih dan air lumpur.

Dengan obor yang ada ditangan, kau gunakannya untuk membakar mereka kerana kau benci dengan apa yang kau lihat.
"takpe, lepas ni semua akan jadi seperti sediakala..."

pergi mati dengan sediakala kau tu

Selasa, 29 Oktober 2013

a moment

80km/h adalah kelajuan yang sesuai tatkala kau ingin mencari tempat makan malam yang santai dan kurang elemen avant garde.

All the leaves are brown and the sky is grey~

Pemilihan lagu yang membuatkan si dia sing along, prediksi yang tepat.


0830 jalan ampang
Korean village



"minum apa encik?"

"teh o suam. Dan segelas jus oren untuk dia" sambil mata aku memandang si dia.

"naan biasa dan kuah sardin, cheese naan beserta ayam tandoori 1" aku menambah pesanan.

______________________________________________


Aku suka malam ini. Makan malam yang tidak terlalu privasi dan disulami busker yang telah berjaya ke rancangan kelolaan loque(butterfingers).

bersebelahan dengan galeri muzik dan berhadapan dengan ampang point.

______________________________________________


"so, a coffee session after this?" aku memulakan soalan.

"please, bring me somewhere far from this city. As long as you are here, as long as you are near." perintah si dia sambil melekapkan tangan di dadanya.

______________________________________________


Menikmati americano di tanah milik lim goh tong tidak akan mengecewakan kau, I bet.

"y'know what is called a moment?" soal si dia tiba tiba.

"you tell me"

-
-
-


"when you're feeling cold, you'll searching a heat spot. I can show you shortly, its called a biological heat. And a fast heartbeat"

Jumaat, 25 Oktober 2013

Janji.

Its a little bit funny...
This feeling inside..
i'm not one of those..
who can easily hide....

Bunyi nada telefon bimbit mengejutkan Zarul dari tidur.

"Abg dah janji dgn syg xde org lain selain syg dlm hidup abg.. ingat janji kita tu"

Mesg yag sama, sudah 3 malam berturut-turut tidur Zarul dikejutkan oleh mesg itu. Nombor yang tiada di simpan didalam buku telefonnya. Paling pelik Zarul tidak pernah menggunakan lagu Elton John sebagai ringtone mesgnya. Puas Zarul membelek telefon bimbitnya itu mencari kalau-kalau dia ada menyimpan lagu tersebut. Tiada.

"Tak.. Tak mungkin.. Tak mungkin." gumam Zarul sendiri apabila mengingatkan yang dia pernah mengunakan lagu tersebut khas untuk arwah tunangnya Tasha, tapi Tasha dah pergi menghadap ilahi 2 tahun yang lalu. Pergi di pangkuannya selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan. Hampir setahun dia memerap di dalam bilik memencil diri kerana kehilangan Tasha. Zarul memberanikan diri mendail nombor penghantar mesg itu.

" Maaf nombor yang anda dail tiada didalam perkhidmatan kami.." Tutt..

"Operator.. Gila agaknya maxis ni.." Zarul menyedapkan hati sendiri.

-----------

"Hai awak.. lama tunggu? maaf lewat jalan sesak tadi."

Zarul tersenyum melihat gadis genit di depannya. Zarina, gadis cantik yang baru di kenalinya 4 bulan lalu sewaktu mula berkerja di Bina Holding selepas hampir setahun memencil diri kerana pemergian Tasha. Zarina lah orang yang menghiburkan hatinya. Menjadi pendengar setia setiap luahan hatinya sewaktu dia merindui Tasha. Menemaninya keluar menonton wayang dan membeli belah apabila gaji dan akhirnya Zarina kini menjadi ratu hatinya yang baru. Zarina berjaya membuatkan Zarul lupa kenangannya bersama Tasha.

"Terima kasih, Ina" hanya itu jawapan yang keluar dari hati Zarul ketika menjawab pertanyaan Zarina tadi. sambil bibirnya terukir senyuman bahagia.

-----------

Zarina bergegas ke bilik air sebaik sahaja masuk ke rumah setelah di hantar pulang oleh Zarul. Kesejukkan penghawa dingin di pawagam tadi membuatkan dia terasa tidak tertahan hendak ke bilik air. Rumah teres 2 tingkat itu sunyi sepi. Rakan serumahnya Ita sudah memberitahu yang dia tidak pulang hari ini kerana mahu ke rumah pakciknya di Segambut.

tett !

 "sy dh smpi umah, Thanks teman sy tengok wayang hari ini. Luv u.. "

Zarina tersenyum membaca mesg dari Zarul. Sesungguhnya dia berasa amat bahagia dapat bertemu dengan lelaki sebaik Zarul. Sambil berbaring memeluk teddy bear pemberian Zarul sewaktu hari lahirnya, Zarina berangan membayang kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

Tokk. tokk.. tokkk !! Pintu bilik Zarina di ketuk dari luar mematikan semua khayalan indah Zarina. "Mungkin Ita tak jadi ke Segambut" getus hatinya sambil bangun malas membuka pintu bilik. Tiada sesiapa.

Zarina berjalan ke bilik Ita untuk melihat kalau-kalau Ita ada biliknya, Gelap dan berkunci. Zarina mula berdebar. Peluh dingin mula membasahi bajunya. Bulu romanya meremang dan dia terasa seperti sedang di perhatikan. Zarina memberanikan diri untuk turun mencari Ita di tingkat bawah.

Langkah Zarina terhenti di tangga. Dia mahu berlari ke bilik tetapi kakinya kaku tidak mampu bergerak seolah-olah dipaku di lantai., dia mahu menjerit meminta tolong tetapi mulutnya kelu tidak mampu bersuara.

"Kenapa kau ganggu Zarul? Kenapa? Zarul milik aku dan aku tak akan membenarkan sesiapa pun merebut dia dari aku. !! "

Wanita cantik berpakaian kebaya bercorak batik di hadapan Zarina menjerit ke arahnya tiba-tiba muka cantik itu mula berubah hodoh, daging pipi wanita cantik itu berubah busuk dan berulat. Bau hanyir darah menusuk-nusuk ke hidung Zarina. Dan serentak dengan itu Zarina terasa dirinya melayang jatuh bergolek dari tangga. Pandangannya gelap.

---------------

Zarul mengosok matanya berulang kali. Dia seolah tidak percaya apabila mendapat panggilan memberitahunya Zarina sudah meninggal. Zarul bergegas bangun membasuh muka, bersiap ala kadar dan terus keluar menghidupkan enjin keretanya. Fikirannya tidak keruan. Dan dia tahu dia mesti ke rumah Zarina secepat mungkin untuk mendapatkan jawapan. Zarul memecut Honda Jazznya laju menuju ke rumah Zarina.

Halaman Rumah teres 2 tingkat itu dipenuhi orang ramai sewaktu dia sampai ke sana, kelihatan 2 buah kereta peronda polis juga berada di situ. Zarul terus berlari mendapatkan Ita apabila ternampak Ita menangis sambil di tenteramkan oleh jiran-jirannya yang lain.

"Zarina dah tiada. Aku jumpa dia terbaring berlumuran darah pagi tadi masa aku balik ke rumah. Polis cakap kemalangan, Ina mungkin terjatuh dari tangga dan kepalanya terhantuk ke lantai." Terang Ita kepada Zarul tanpa di pinta.

Lutut Zarul terasa lemah, matanya terasa berair dan Zarul terduduk di situ, menangis tanpa memperdulikan orang di sekelilingnya.

--------------

Zarul merebahkan badannya ke sofa sebaik sahaja pulang dari kenduri arwah Zarina. Semua kenangan bersama Zarina bermain-main di hadapan matanya. hatinya sayu dan air mata lelakinya tumpah lagi.

Its a little bit funny...
This feeling inside..
i'm not one of those..
who can easily hide....

Lagu dendangan Elton John itu berbunyi di telefon bimbit zarul menghentikan lamunannya.

"Puas hati syg, Skrg xde org dah boleh rampas abg dari syg. slmt ulang tahun kita yang ke 5 abg. tasha akan sentiasa di sisi abg. jangan lupa janji kita dahulu."

Zarul terkaku membaca mesg yang baru di terimanya.

Selasa, 22 Oktober 2013

Jalan pulang

Malam tadi aku bermimpi. 

Aku tersesat di dalam perjalananku untuk ke sebuah kota di timur dunia. Entah bagaimana, aku sampai di sebuah pekan yang begitu asing dan terpencil. Tidak pernah aku mengetahui tentang kewujudan pekan kecil ini. Malah, pengembara-pengembara yang pernah mengembara ke timur dunia pun tidak pernah memperkata dan bercerita tentangnya.

Hari yang senja sudah semakin gelap. Jalan-jalan di pekan ini sudah lama sunyi. Tidak kelihatan satu pun kelibat manusia di atas jalan dan di kaki lima deretan rumah kedai di pekan kecil ini. Tiba-tiba datang tiupan angin senja mendinginkan suasana. Rasa cemas mula menular dalam hati. Aku percepatkan langkah sambil mata ini meninjau kiri dan kanan dengan harapan ada kelibat manusia yang boleh ku jadikan tempat bertanya.


Sedang aku berjalan dalam rasa cemas, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki yang seakan sebaya denganku sedang berjalan di sebuah lorong gelap diantara 2 buah rumah kedai. Hatiku yang tadinya cemas mula berasa sedikit lega. Aku terus berjalan menuju ke arahnya untuk bertanya arah jalan pulang.

"Wahai sahabat! Maafkan aku kerana ingin bertanya. Adakah engkau seorang sahabat yang boleh membantuku mencari jalan pulang?"

"Ya, akulah sahabatmu. Akan ku cuba membantumu untuk pulang."

"Apa yang boleh kau lakukan untuk membantuku pulang?"

"Apa sahaja yang boleh aku bantu..."

"Apa sahaja?!"

"Ya. Aku sanggup membiarkan kepalaku ini dipenggal agar engkau dapat menemui jalan yang boleh membawamu pulang ke kebenaran yang hakiki..."

Tiba-tiba aku terus terjaga dari tidur.
 

Tanpa ku sedari, air mataku mengalir di pipi.


- 12 Jun 2013


Jumaat, 18 Oktober 2013

Sentiasa dalam ingatan

Untuk sentiasa diingati dan disayangi kawan-kawan, engkau perlu lakukan dua perkara.

1. Berhutang dengan kawan-kawan.
2. Belanja kawan-kawan makan.

Insyallah, kawan-kawan sentiasa mengingati dan menyayangi engkau.

Pelacur

Bab I

Deringan jam loceng mengejutkan aku dari tidur, keletihan akibat pertempuran semalam membuat kelopak mataku seolah malu untuk menyambut sinaran mentari pagi. Lelaki itu masih lagi berdengkur keras di sebelahku.Wajahnya tampak masih lagi tampan walaupun sudah banyak garis-garis kedutan. Perasaan sayang dan kasih terdetik di hatiku namun hanya sekejap, kini perasaan itu berganti kepada benci. Wajah tampan yang pernah aku hormat dahulu berganti kepada wajah iblis tua yang tidak berperasaan, tidak berperikemanusiaan. Seandainya hati dan tangan ini mampu, aku pasti sudah menjadi pembunuh. Menikam bertubi-tubi perut boroi itu dengan belati. sungguh aku benar-benar membenci dia.

Maaf.

Maaf?

Maaf apa lagi yang kau cakapkan? maaf apa lagi yang kau harapkan? Aku meraba perutku, mengusap dengan linangan airmata. Ini yang kau mahu aku maafkan? maaf kerana menyetubuhi aku? menjarah segenap pelusuk tubuhku? berulang kali setiap hari sehingga insan yang sepatutnya aku gelar adik berada di dalam perutku? dan sekarang kau memohon maaf dari aku?

Eya aku maafkan kau ayah. Aku maafkan.


Bab II

Kakak ingat aku tak tahu apa yang kakak dan ayah buat? kakak ingat bila kakak gugurkan kandungan kakak, kakak dan ayah boleh terus menipu semua orang? mungkin. Tapi bukan aku ! aku ada semua bukti, ikut cakap aku atau ibu terkejut dan mati.

Suara bisikan adik ku shamsul membuatkan aku menelan liur sendiri. Rahsia yang aku sangka akan aku bawa mati meluncur keluar dari mulutnya lancar. Setan. Akal aku mati, iblis tua bermuka babi berperut boroi sudah berhari menghilangkan diri dengan alasan ke bandar mencari pekerjaan.

Dummm!

Pintu bilikku dihempas. Tertutup rapat berkunci dan Shamsul tersenyum serupa babi menunggu aku membogelkan diri dihadapannya. Aku menyerah lagi, tiada apa nak aku pertahankan lagi. Shamsul hanya diam memerhati setiap pelusuk tubuhku. kakinya melangkah, menghimpitku ke penjuru dinding dan aku tiada ruang mengundur lagi. Hanya Airmata mula turun membasahi pipi.

Pelacur...

Bisiknya ke telingaku sambil kedua tangannya sudah mula beraksi dan lolos masuk ke dalam tshirt sendat pemberian bekas teman lelakiku dahulu, menarik tshirt sendat itu ke atas dan melepaskannya dari tubuhku dan kemudian tangan itu terus menjalar lagi ke belakang badanku cuba melepaskan bra yang menjadi benteng terakhir gunung kembarku. Bangsat! aku mula merasakan getaran di seluruh tubuhku. Getaran aneh yang melemaskan apabila lidahnya mula menyentuh dan bermain di leherku, turun menjajah gunung kembarku dan kemudiannya menjelajah lebih jauh ke daerah-daerah terpencil seluruh tubuhku. Malah aku mengelinjang kegelian saat jemarinya itu seolah menari-nari di setiap lekuk tubuhku.

Pelacurkah aku apabila daerah sulitku mula banjir dengan air nafsu yang datang tanpa kehendakku. Mungkin hanya pelacur yang akan terangsang tanpa sedikit pun perasaan kasih. Mungkin hanya pelacur yang akan diam membiarkan tangan kasar itu menakluk setiap daerah tubuhnya tanpa sebarang penentangan. Perut boroi lelaki berusia 28 tahun itu mula menindih tubuhku. Membuat nafasku semakin tidak sekata, degup jantung ku berdetak melebihi hadlaju. Terasa sesuatu bergerak ke dalam rongga badanku, menusuk laju dan berterusan menusuk mengikut rentak laju perlahan tidak seirama.

Aku tidak lagi menangis. Getaran halus itu membuatkan aku lupa akan nasib diri, aku membiarkan getaran itu membawa aku ke alam indah yang aku tahu sementara. Aku menerimanya,menikmati setiap tusukan kasar itu dan mebiarkan getaran halus yang bergelora di dalam diri aku menjalar di setiap sendi tubuhku.

Arrghh ! Iblis berwajah manusia itu mengejang dan mengerang..

Terima kasih pelacur. Mulai esok kau layan kawan-kawan aku untuk bayar segala hutang judi aku. Kau mesti tak mahu ibu terkejut dan matikan?

Bangsat kau manusia berperangai iblis ! bangsat kau !

Hanya itu berulang didalam hati tapi tidak langsung mahu keluar dari mulut ini. Esok serta hari-hari berikutnya ianya berulang lagi. Entah sampai bila, mungkin hingga menutup mata. Dan tanpa perlu berikan sebarang ekspresi aku dalam diam mula menikmatinya.

Pelacur. Eya aku pelacur. Dan kau tidak ada sebarang hak melevel aku sebelum engkau tahu cerita aku.

Khamis, 17 Oktober 2013

Ayah

Papa, nak basikal.
Ayah, nak duit beli iPhone.
Daddy, nak PS3.
Bapak, nak motorsikal.
Abah, nak kereta.
Nak itu, nak ini.
Semua senang.
Mintak aje dengan lelaki yang satu tu.

Aku dulu tak merasa.
Jangan kata basikal, selipar pun ayah aku tak pernah belikan.
Jangan kata selipar, guli sebijik pun aku tak pernah merasa.

Sekarang, semua aku beli sendiri.
Semua yang aku tak dapat dengan ayah aku.
Tapi aku bukan peduli benda benda tu.
Aku bukan peduli semua hadiah tu.
Sebab aku tak dapat beli masa aku dengan ayah aku.
Kalau boleh beli masa masa tu.
Dah lama aku beli.
Ratus ratus.
Ribu ribu.
Juta juta.
Billion billion.
Banyak banyak aku beli.

Jangan banyak cerita.
Apa ayah engkau belikan.
Engkau ambik.
Engkau kira lagi untung daripada aku.
Reti?

Lindungan Tuhan

Aku sedang makan Mee Sup yang sedap di sebuah gerai yang berhampiran dengan kediaman aku. Meja bersebelahan aku terdapat beberapa budak perempuan yang masih berpakaian kokurikulum sekolah.

Budak A : "Pakwe aku baru topupkan 5 ringgit."
Budak B : "Pakwe aku belikan cincin silver."
Budak C : "Pakwe aku bagi aku henset iPhone dia ke aku."

Aku jeling ke meja budak budak tu sambil dalam hati aku berkata, "Semoga engkau semua sentiasa dalam lindungan Tuhan."

Rabu, 16 Oktober 2013

kiri atau kanan

dia berdiri di tengah tengah sambil sesekali berpaling pada yang disebelah kiri dan kanan

kanan
sudah menjadi sebahagian diri.
senyap tak bererti dia lupa
sebulan sekali bertemu belum tentu
kadangkadang hampir sebulan tidak dihubungi
tapi dia dah biasa
memang dari awal perkenalan dah memang gini gaya nya

kiri
sikit sikit dia masuk untuk melengkapkan sebelah yang hilang
dia umpama sekeping puzzle yang hilang untuk melengkapkan satu gambar yang besar
dia sentiasa ada disisi
gelak tawa tangisan semua dibahu dia

kini yang tinggal aku
untuk membuat pilihan
pilihan yang abadi

sama ada kiri atau kanan...

Langit

turunlah, turunlah mengaumlah,
mengaumlah lepaskan hajat itu langit.
cucilah, cucilah dosa kuala lumpur ini.
supaya mereka semua berhenti mencaci sesama sendiri.
berhentilah kalian berhenti
dan saksikan langit
membasuh semua itu.

Apa yang aku hendak buat?

Tidak mungkin lagi ku bawa jiwa ini,
lebih elok lah jika hasrat ini dibawa pergi,
Jika tidak kuberi jiwa ini menzahirkan rasa cinta padamu,
apa lagi gunanya? kenapa aku masih memiliknya?

Darjat

Manusia itu asalnya setara.
Darjat itu sesama manusia itu adalah bullshit yang dibikin oleh manusia .
Oleh itu darjat kau disisi tuhan itu yang penting.
Ayuh

Hati yang penuh dengan tanda tanya.

Katakan organ organ didalam badan aku ini adalah sekumpulan manusia zaman batu. Hati aku ini adalah dari jenis manusia zaman batu yang lain sedikit. Dia selalu sahaja mempersoalkan semua benda. Bertanya sampai dia pasti.

“Ehh betul ke?”

“ Ehh salah ni.”

“Ehh boleh ke?”

“ Ehh aku kurang yakin lah”

“Eh aku rasa aku cinta dialah”

“Tak mungkin dia terima aku”

Disebabkan ini hati  tidak digemari oleh sekian organ yang lain. Kadang kala disebabkan hati perjalanan keseluruhan kumpulan untuk melakukan kerja harian terganggu dengan pertanyaan pertanyaannya.
Satu malam semua ahli puak berkumpul. Setelah di panggil oleh ketua puak iaitu otak.

“Ye dia ni memang tak guna.menyusahkan” - Telinga

“Aku malas nak layan pertanyaan dia.” - Ginjal

Sebagai ketua puak  Otak sedar tentang perkara ini keputusan telah di ambil.

“ Ok kita tinggalkan dia malam ni.” Kata otak

Besoknya hati bangun pagi dan melihat semua khemah telah kosong. Sambil melihat pisau yang terpacak didadanya dan nota berbunyi

“ Maaf kami semua logikal. Kau ni terlampau mengikut perasaan , selamat tinggal sucker “ – Majlis Ketua.

Sambil terkebil kebil terbaring akibat kehilangan banyak darah hati masih bertanya.

“kenapa mereka tak kejut dan ajak aku sama”

Isnin, 14 Oktober 2013

setengah tapak kehadapan beribu tapak masih dibelakang

satu hari tu dia mula sembang dengan teman wanita bekas kekasih dia.

pada tulisan nampak mesra.

tapi yang orang lain tak nampak reaksi dia di sebalik skrin komputer semasa membalas semua pesanan.
dia menaip hahahaha

pada hakikat nya..

dia menangis.

dia ingat dia dah terer sangat kot.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Berani

'All I can say is this, every kiss is unique', kata Zain kepada ku. Tiba-tiba sahaja dia lemparkan pendapat tersebut sedang kami rancak berborak di satu meja di sebuah kafe franchise terkenal di KLCC. Di atas meja ada 2 cawan espresso yang sudah tinggal separuh.

Aku tidak berani membantah. Zain  seorang Kasanova, player, buaya. He's been there, done that. Tak perlu aku ragu kata-kata Zain. 

Ramai wanita di ibukota ini kenal Zain dan reputasinya, namun ramai diantara mereka yang lebih dari rela untuk berdamping dengannya. Mungkin wajah dan penampilan kacak Zain disamping kehebatannya bermain kata menjadikan dia magnet wanita. 

'Orang lain suka tunggang motor besar, ada yang suka rock climbing, ada yang suka base jumping, tapi pada aku, aku suka buru ciuman perempuan. That's my adrenaline rush', Zain menambah.

Aku sebagai seorang sahabat amat mengkagumi Zain. Dia berani. Dia berani menjalani hidup dan pilihan hidup yang dibuatnya. Ramai orang yang aku kenal hanya berani cakap, tapi buatnya belum tentu.

'Kau patut cuba bro. Cuba buru ciuman perempuan. Kau pun bukan muka pecah. Have some guts, and go hunt some kisses. Ramai perempuan kat luar sana tengah tunggu kau to make your move', Zain cuba memotivasikan aku. Aku senyum.

Sedang dia rancak bercakap, tiba-tiba matanya tajam memandang pintu masuk cafe tempat kami besantai. Dia melambai kepada seorang gadis yang baru melangkah masuk. Gadis itu membalas lambaian Zain dan kemudian terus bergerak menuju ke meja kami.

'Here come my next new kiss', bisik Zain kepadaku. Aku pun mula memusatkan pandanganku ke arah gadis yang sedang bergerak ke meja kami. 

Tiba-tiba aku terasa senak dan serabut. Gadis yang semakin menghampiri meja kami itu ialah Mel, gadis comel iras Izara Aishah merangkap teman sepejabatku yang selama ini aku ada menaruh harapan untuk memenangi hatinya.

Zain senyum sinis kepadaku. Mel yang telah sampai di meja terus menyapaku. 'Hey, I tak tau pulak you kawan Zain. What a small world...' kata Mel sambil tersenyum. Mungkin dia gembira kerana mempunyai 2 lelaki ini sebagai kawannya. Pada waktu itu senyuman Mel yang selalunya manis bagiku sudah bertukar menjadi kelat.

'Indeed!' tambah Zain dengan senyum yang lebih lebar.

'Celaka kau Zain', bentak ku dalam hati.

Telanjang & Bangang


Nak tendang boleh tendang. 
Pastikan aku tumbang.
Nak terajang boleh terajang.
Pastikan aku terlentang.
Akhirnya tumbang, terlentang, dan telanjang.


Nak tumbuk boleh tumbuk.
Tumbuk sampai aku mabuk.
Nak tembak boleh tembak.
Tembak sampai aku senak.
Akhirnya mabuk, senak, dan bangang.


- 12 Oktober, 2013

Jumaat, 11 Oktober 2013

Habis Semua Tergolek Terlentang


Berkapal perang.
Bermeriam senapang.
Yang sana tendang.
Yang sini terajang.
Habis semua tergolek terlentang.


Yang menang senang lenang.
Yang kalah jadi berang.
Yang lain terus telanjang.
Dibiar sendiri seorang.
Habis semua tergolek terlentang.


- 11 Oktober, 2013

Kahwin

1) Kesian jadi Melayu di Malaysia ni. Nak membiak secara halal dan dipersetujui ramai pun susah. Macam-macam nak kena belanja. Bukankah perkahwinan itu sepatutnya mudah?

2) Pinjam bank untuk berkahwin. Ah sensetif sungguh. Tapi nak buat macam mana. Jika kahwin ialah matlamat kau macam score goal. Meminjam di bank boleh kira macam merasuah pengadil. Mungkin 1/3 dari budak budak yang lahir pada masa hadapan adalah penipuan.

3) Kau cakap senang. Kau kaya.

4) Sebenarnya jabatan agama/ baitulmal ada je beri wang untuk mereka yang nak berkahwin. RM 5K. cukup je nak buat kenduri kecil. Dan mulakan hidup.

5) Sekarang apa masalah kau?

6) Entah. Sekian.


Angka

Jam ditangan sudah menunjukkan ke angka 10, Wani bingkas bangun mendapatkan beg tangannya. Dia perlu segera ke perhentian bas jika tidak mahu terlepas bas terakhir yang menuju ke kawasan perumahan tempat tinggalnya.

Tunggu !! jerit Wani apabila terlihat bas terakhir ke destinasi tujuannya mula bergerak meninggalkan perhentian bas yang berada di hadapan bangunan 4 tingkat tempat kerjanya itu. Malangnya bas terus bergerak meninggalkan Wani termanggu sendiri.

"Tak guna betul ! pekak punya driver ! bodoh ! terpaksa lagi aku tunggu teksi " marah Wani sambil matanya terus melihat bas yang semakin jauh menghilang meninggalkannya sendiri.

Kenderaan yang melalui jalan itu semakin kurang seiring dengan waktu mula membuatkan kawasan perhentian bas tempat Wani berdiri terasa sunyi. Wani melihat jam di tangannya, baru pukul 10.23. "kejap lagi ada la teksi lalu" Wani mengomel sendiri.                                                                  

18.. 18.. 18.. 18.. suara seorang wanita mengejutkan Wani. Wani menoleh ke belakang dan ternampak seorang wanita tua duduk di tepi jalan sambil mengoyangkan badannya ke depan dan kebelakang seolah-olah sedang berzikir. 18.. 18.. 18.. hanya itu yang terkeluar dari mulut wanita tua itu. "ahh orang gila agaknya" gumam Wani tidak mahu mengendahkan wanita tua itu.

18.. 18.. 18.. 18.. suara wanita tua itu semakin kuat membuatkan Wani berasa tidak selesa, Wani berpusing dan berjalan menuju ke arah wanita tua itu. "makcik, apa yang makcik kira?". Tiada jawapan, wanita tua itu terus melafazkan 18.. 18.. 18.. tidak berhenti, apabila pertanyaannya tidak berjawab Wani bingkas memusingkan badan untuk kembali ke tempat asal dia berdiri menunggu teksi tadi.

Dari kejauhan terdengar bunyi kenderaan yang di pandu laju. Tiba-tiba Wani terasa dirinya di tolak oleh seseorang ketengah jalan.

"Aaaahhh !!" hanya itu yang sempat keluar dari mulut Wani apabila melihat kenderaan yang dipandu laju itu menuju kearahnya. Darah merah membasahi jalan. Tubuh Wani kaku terbaring ditengah jalan tidak bernyawa lagi. kenderaan yang melanggar Wani terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

19.. 19.. 19.. Wanita tua tadi bersuara semula sambil mengoyangkan badan kedepan dan kebelakang seperti tiada apa yang berlaku.



Khamis, 10 Oktober 2013

Perang Zakar

Lelaki kalau bersembang tentang zakar, masing-masing mengaku zakar mereka besar dan panjang.

"Aku punya jejai 7inci tahu?" Kata Hazril dengan bangga.
"Prince Albert panjang sampai ke lutut!" jawab Hasrul tidak mahu kalah.

Cuba engkau suruh mereka buktikan dengan menunjukkan 'anu' mereka, engkau rasa mereka cukup berani?

rutin yang classy


Melewati kuala lumpur selepas matahari terbenam merupakan opsyen yang boleh dikatakan tepat pada perkiraan normal. Lebih lebih lagi apabila berdua bersama berlainan jantina. Tidak bagi aku. Aku seorang pada malam ini.


2018, 
coffee bean and tea leaf
Pusat bandar ampang


"a medium cup of caramel latte, please" persis suara timothy olyphant di dalam cerita hitman aku meminta pesanan.

 "Anything else, sir?" seorang barista perempuan yang mempunyai cutting 30-28-36 dan mempunyai american accent.

"no thanks, just a beverage"


Aku duduk disebelah tangga sambil badanku menghadap ke arah ampang puteri specialist hospital. Dianugerahkan mata yang tenang aku memerhatikan kesibukan warga afrika keluar masuk hospital sambil menyelak sehelai demi sehelai akhbar the sun yang belum aku baca.

Tiada apa yang menarik di akhbar yang penuh dengan iklan murah. Mataku kembali memandang ke arah trafik. rakyat marhaen yang melintas. Pasangan kekasih yang singgah kkmart membeli persediaan. Dan kekerapan manusia singgah ke bank melakukan rutin harian.

ampang, boleh di kategorikan sebagai trendsetter malaysia selepas johor bahru. di sini kau dapat lihat fesyen yang terkini mirip dalam majalah cleo dan fhm. Walaupun memakai longchamp downtown cheras ataupun danau kota.

Sedang 30% isi kopi diminum tiba tiba,



Tit!(tone whatsapp)



lily : hi jack, we are having a party over here. Come join us!
aku : where at?
lily : fetch me at yr fav soup station.

2335
jalan doraisamy
secret club

"dance with me jack, come on!" lily bersuara manja.
"sokay i'll just watching yr show" lagak aku seorang gentleman.


0245
Pjs 1
sri manja condominium





*lily mendesak untuk bermalam dirumahku*





p/s : aku jack murthi. Berasal dari damansara. terima kasih menjemputku menjadi penyumbang dalam blog ini.

Rabu, 2 Oktober 2013

Tembikai dalam sebuah fantasi

Kadang-kala aku berfantasi yang kepala manusia-manusia yang mendatangkan kesusahan dalam hidup manusia yang lain akan bertukar menjadi sebiji buah tembikai ranum yang memanggil-manggil aku untuk melibasnya menggunakan kayu pemukul baseball hingga hancur bersepai.


Ya, itulah yang aku fantasikan. Sebuah fantasi yang pada asasnya penuh keganasan namun 'diringankan' tona ganasnya dengan bertukarnya kepala manusia-manusia itu kepada sebiji tembikai ranum.


Dalam fantasi ini, aku tidak perlu lagi menyumpah di dalam hati akibat  marahkan mereka kerana pada waktu itu aku bebas untuk mendekati mereka dan aku libas kepala mereka yang telah bertukar menjadi tembikai ranum itu hingga bersepai.


Puas.

Hidupnya melayu matinya pun melayu

Orang melayu masa nak tanam uri kena letakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai masak dan letakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai bertukang. Kenapa melayu tak terfikir tanam sekali komputer sahaja?

Orang melayu kalau makan duit menang judi haram katanya takut jadi darah daging. beli barang tidak apa. Kenapa melayu tak fikir nak masukkan duit itu ke mesin deposit dan kemudian keluarkan semula guna mesin atm, kan dah dapat duit lain.

Orang melayu kalau kalah main bola salahkan pengadil. pengadil kena beli, pengadil berat sebelah. Kenapa melayu tak terfikir nak bayar 2 kali ganda dekat pengadil kalau betul pengadil tu boleh di beli?

read as reading will take you everywhere

I'd asked you to read these and be my girl.


1. The great gatsby by F Scott Fitzgerald.

beautiful people were everywhere visible in the lighted windows of the great house beyond - dancing, drinking, damned.

"gee, I bet you're not really from Oxford," nick drawled.
"am so," said Gatsby, affecting a grandeur that did not quite ring true.

2. Metamorphosis by Franz Kafka.

painfully, he waited in the room without anything decisive happening. His father was unhappy. His mother was hysterical. His sister was adamant he must be got rid of. There was nothing to be done. He sank his head and died.

3. For whom the bell tolls by Ernest Hemingway.

The spanish sun was hot. I'm going to blow that bridge if it kills me, Robert thought. The spanish sun was still hot. But Robert crawled towards the bridge under fire. And blew it up. And it did kill him.



Jack "so nak roaming mana tengah malam ni?" Murthi.

Selasa, 1 Oktober 2013

Untuk ketenangan, kita perlu lakukan apa yang perlu

Aku sedang duduk keseorangan di sebuah meja di satu sudut terpencil di kafetaria pejabat pada waktu makan tengahari. Atas meja di hadapanku sudah ada sepinggan nasi beserta lauk, ulam dan segelas air untuk aku nikmati. Aku gemar menikmati makan tengahari secara berseorangan kerana aku mahu rehatkan otak yang berserabut akibat kerja dari awal pagi dan kerana aku mahu menikmati hidangan makan tengahari dengan aman dan tenteram.

Hari ini hidangan yang aku pilih ialah nasi putih berlaukkan ikan keli bakar, ulam petai dan kacang panjang, air asam untuk mencicah daging ikan keli, sambal tempoyak dan segelas air sirap. Aku siramkan nasi putih dalam pinggan dengan sedikit kuah masak lemak ayam untuk memberikan sedikit rasa.

Sedang aku hendak mula menjamah makanan, tiba-tiba datang Ariffin Said menerpa ke mejaku. Dia terus menarik kerusi yang berhadapan denganku dan terus duduk. Air mukanya memaparkan wajah yang begitu teruja. Mungkin dia mempunyai satu gosip besar yang hendak dia kongsikan bersama. Apa lagi yang boleh aku harapkan dari seorang manusia yang terkenal dengan gelaran 'Kiah Propa' di pejabat tempat aku bekerja.

"Kau tau tak Is...", Ariffin Said memulakan kata dengan penuh keterujaan.

"Tunggu dulu!" Aku memotong percakapannya sambil aku angkat tapak tangan kiriku seperti gaya seorang polis trafik menahan aliran trafik. Ariffin Said berhenti bercakap dan dia agak terkejut dengan tindakanku. Tangan kiri yang aku angkat tadi aku genggam dan aku biarkan jari telunjuk terus berdiri, terus aku halakan ke lubang hidung sebelah kiriku. Dengan tenang aku terus 'meneroka' lubang hidungku sambil disaksikan oleh Ariffin Said dengan wajah yang berkerut yang menandakan rasa jijiknya terhadap tingkah laku yang meloyakan itu.

"Kau dah kenapa?! Nak makan pun sempat lagi korek hidung!"

"Aku punya sukalah..." jawabku tenang sambil aku keluarkan jari telunjuk kiri itu dari lubang hidung dan aku halakan kepadanya. Dengan pantas dia mengelak dan terus bangun dari kerusi.

"Gila pengotor!" getus Ariffin Said kepadaku sebelum dia beredar.

Aku tersenyum. Akhirnya aku dapat menghabiskan masa seorang diri menikmati hidangan makan tengahari tanpa perlu memberikan separuh perhatian untuk mendengar gosip dari Ariffin Said.


Hidup ini bagai melipat kain...

Hidup ini bagai melipat kain.
Kalian tidak akan tahu apa yang kalian akan jumpa apabila kalian melipat kain.

Mungkin kalian akan jumpa sehelai wang kertas RM50 yang terselit di dalam poket sisi seluar yang kalian lipat,
mungkin kalian akan jumpa tiket nombor Sport Toto atau Da Ma Chai,
mungkin juga kalian akan jumpa sehelai G-string warna merah jambu di dalam timbunan pakaian yang hendak kalian lipat...

Melipat kain itu penuh kejutan, seperti juga dalam kehidupan.