Katakan organ organ didalam badan aku ini adalah sekumpulan manusia zaman batu. Hati aku ini adalah dari jenis manusia zaman batu yang lain sedikit. Dia selalu sahaja mempersoalkan semua benda. Bertanya sampai dia pasti.
“Ehh betul ke?”
“ Ehh salah ni.”
“Ehh boleh ke?”
“ Ehh aku kurang yakin lah”
“Eh aku rasa aku cinta dialah”
“Tak mungkin dia terima aku”
Disebabkan ini hati tidak digemari oleh sekian organ yang lain. Kadang kala disebabkan hati perjalanan keseluruhan kumpulan untuk melakukan kerja harian terganggu dengan pertanyaan pertanyaannya.
Satu malam semua ahli puak berkumpul. Setelah di panggil oleh ketua puak iaitu otak.
“Ye dia ni memang tak guna.menyusahkan” - Telinga
“Aku malas nak layan pertanyaan dia.” - Ginjal
Sebagai ketua puak Otak sedar tentang perkara ini keputusan telah di ambil.
“ Ok kita tinggalkan dia malam ni.” Kata otak
Besoknya hati bangun pagi dan melihat semua khemah telah kosong. Sambil melihat pisau yang terpacak didadanya dan nota berbunyi
“ Maaf kami semua logikal. Kau ni terlampau mengikut perasaan , selamat tinggal sucker “ – Majlis Ketua.
Sambil terkebil kebil terbaring akibat kehilangan banyak darah hati masih bertanya.
“kenapa mereka tak kejut dan ajak aku sama”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan