Kadang-kala aku berfantasi yang kepala manusia-manusia yang mendatangkan kesusahan dalam hidup manusia yang lain akan bertukar menjadi sebiji buah tembikai ranum yang memanggil-manggil aku untuk melibasnya menggunakan kayu pemukul baseball hingga hancur bersepai.
Ya, itulah yang aku fantasikan. Sebuah fantasi yang pada asasnya penuh keganasan namun 'diringankan' tona ganasnya dengan bertukarnya kepala manusia-manusia itu kepada sebiji tembikai ranum.
Dalam fantasi ini, aku tidak perlu lagi menyumpah di dalam hati akibat marahkan mereka kerana pada waktu itu aku bebas untuk mendekati mereka dan aku libas kepala mereka yang telah bertukar menjadi tembikai ranum itu hingga bersepai.
Puas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan