Jumaat, 14 Ogos 2015

Renyai malam.

9:30 malam.

Hujan masih turun. Malam makin dingin. Aku baru sampai di stesyen LRT destinasiku. Sebaik sahaja keluar dari stesyen, perut mula terasa lapar. Elok rasanya untuk aku singgah di mamak sebelum pulang ke apartment. Aku terus melangkah ke restoran mamak yang sering aku kunjungi. Sebaik sahaja aku duduk di meja, aku memesan sekeping roti naan bersama ayam tandoori dan segelas kopi o panas kurang manis. Tanpa lengah aku menikmati makan malamku.

Sambil menikmati makanan, aku memerhati di sekelilingku. Pada malam ini pengunjung di restoran mamak ini agak ramai, terutamanya kumpulan muda-mudi yang lebih kurang sebaya denganku. Mereka kelihatan riang. Masing-masing ada cerita yang mahu dikongsi. Hilai-tawa mereka memeriahkan suasana. Manusia kota sedang bersosial dan mejalani hidup. Ternyata restoran mamak ini sudah menjadi salah satu pusat sosial seperti pub dan tavern yang ada di barat.

Sesudah selesai makan malam, aku ke singki untuk membasuh tangan, kemudian terus ke kaunter untuk membayar harga makanan. Sampai di kaunter, ada seorang gadis yang sedang membayar bilnya. Penampilanya agak menarik. Dia memakai sehelai jean skinny indigo lusuh jenama Levis, tshirt biru firus dengan grafik kugiran Teenage Fanclub terpapar di dada dan dia menyarung sepasang kasut kanvas Superga. Rambutnya pendek persis potongan rambut Agyness Deyn. Wajahnya nampak comel dan babyface walaupun kelihatan seperti tomboy. Aku terpana melihat gadis tersebut.

"Excuse me, you boleh pinjamkan I seringgit tak? I tak cukup seringgit." gadis itu tiba-tiba bertanya kepadaku. Aku agak terkejut kerana pemerhatianku terhadapnya tiba-tiba dipintas dengan pertanyaan darinya. Dan dia menyedari bahawa aku sedang memerhatikannya.

"Err...ada." Aku terus mengeluarkan sekeping wang kertas seringgit yang kusam dari poket kiri seluar GAP khakis lalu aku berikan kepadanya.

"Thanks," jawabnya pantas. Dia terus membayar baki wang itu kepada penjaga kaunter. Kemudian dia mengambil sekeping tisu dari kaunter dan menulis sesuatu.

"Nah. Call me. I akan bayar balik seringgit you," kata gadis itu sambil menghulurkan tisu yang telah ditulis atasnya di kaunter tadi. Aku menyambut tisu tersebut.

"I nak cepat ni. Sorry sebab rushing macam ni. Contact me, ok?!" katanya sebelum terus bergerak meninggalkan kaunter bayaran. Aku hanya memerhatikan dia berlalu pergi. Sesudah dia hilang dari pandangan, aku terus membayar harga makanan sebelum bergerak pulang ke apartment.
Sambil aku menyusuri kaki lima dalam perjalanan pulang, aku mengeluarkan tisu yang diberikan oleh gadis yang aku jumpa di kaunter restoran mamak sebentar tadi. Namanya Anggun. Di bawah namanya tertera 10 digit nombor telefon.

Aku tersenyum sendirian.

Selasa, 4 Ogos 2015

Aku tak yakin yang aku mampu...

"Kenapa tiba-tiba you nak end this relationship?"

Aku tidak mampu memjawab soalannya. Sebenarnya bukan aku tidak mampu memberikan jawapan, tetapi aku tidak mahu menjanjikan sesuatu yang aku tak pasti dapat penuhi. Dia masih memandangku dengan renungan yang tajam. Dia mengharapkan jawapan.

"Dah 2 tahun, then tiba-tiba you nak I lupakan pasal kita? You ni dah kenapa?!" Dia marah dan keliru.

"I tak nak you terlalu berharap dengan relationship kita ni.I ke sana pun bukan sebulan dua, tapi kita akan berjauhan selama 3 tahun. Bagi I, itu terlalu lama. I takut kita tak mampu setia."

"You ada perempuan lain kan?!"

"Kenapa you tuduh I macam tu?"

"I tahu pasal Sya. Dan I rasa you hanya tunggu masa dan alasan yang sesuai untuk break up dengan I." Matanya berkaca. Aku hanya membisu. 

"Just forget about all of this. Let us end it here,,, now!" ujarnya sambil dia terus bagun dari kerusi dan meninggalkan aku terpinga-pinga di meja minum. Kelakuan kami disedari oleh beberapa pengunjung lain yang duduk di meja berhampiran. Mereka hanya  memerhati buat seketika sebelum menyambung urusan masing-masing. Tragedi seseorang itu merupakan drama untuk mereka-mereka yang ada disekelilingnya.

By the way. Ada benarnya tuduhan yang dilemparkan olehnya kepadaku. Sya juga akan berangkat ke sana denganku dan dia juga menyambung pelajaran di universiti yang sama denganku.

Dan aku tak yakin yang aku mampu bertahan dengan dugaan sebegitu.

Khamis, 2 Julai 2015

Halus

Sayup, jauh kedengaran.
Di sebalik hilai tawa
Aku terdengar satu deraian
Di sebalik hiruk pikuk kota
Aku tertangkap irama hiba
Aku cuba tak peduli
Kemudian ia kembali berbisik
Suara yang halus, dan redup:

Jangan.
Jangan buat tak tahu.

Aku sergah
Kau siapa?
Aku berpaling
Tiada apa.

Kemudian aku tersentak.
Aku terlupa.
Ia datang dari hatiku.

Rabu, 1 Julai 2015

Hanyut

Satu masa nanti kau akan rasa media sosial tidak lagi relevan. Kebencian yang menjarakkan hubungan natural manusia semakin tiada. Semuanya crave update dan news tapi apa hasilnya? 

Komen yang penuh dengan sifat kebencian.

________________________________________


Untuk seketika aku bersyukur dengan gigs dan mini konsert. Setidaknya di situ tidak meralitkan kau dengan sosial maya. Aku amat berharap dapat kerap menghadirkan diri ke gigs dan mini konsert. Sehinggalah aku dapat tinggalkan facebook.

________________________________________


untuk hari raya, marilah kita.

Isnin, 15 Disember 2014

isnin

Sekumpulan manusia, secara harfiahnya tidak suka pada hari isnin. Hari isnin bagi mereka adalah permulaan untuk minggu itu. Hari yang memerlukan sedikit sparks untuk menghasilkan inertia yang akan habis pada hari jumaat. Klise.

Wujud monday blues. Yang mana perkataan "blues" itu bukanlah sesuatu yang boleh menjadikan sparks. 

*****

0730, ampang park

Aku suka melihat sekeliling waktu ini. Pejalan kaki yang berjalan dengan tempo yang laju. Pemandu kereta di dalam state "get out of my fucking way" dan pengemudi motorsikal yang tenang mencari sisa-sisa ruang jalan untuk laluan.

LRT laluan kelana jaya penuh, penumpang berhimpit-himpit. Semuanya mengeluh berpaksikan satu, "this is my fucking time".

Barista starbucks sibuk melayani pelanggan yang tidak sempat bersarapan secara tenang. Mamak berpeluh peluh menebar roti canai dan kesemua manusia pagi ini, tidak menghiraukan sekeliling kecuali masa.

Once you heard saying that time is gold?

But gold is not time.

Gold is life.

Jack murthi

Isnin, 17 November 2014

present, past. bullshit

Memandu waktu malam boleh jadi terapi. Kalau terapi itu adalah tujuan utama. Kalau rushing, ia jadi pressure.

Terapi ni berbeza juga mengikut orang. Ada yang gunakan sergio pizzorno. Ada yang suka ditemani alunan qasidah. Itu virtually. Ada yang berdua, physically, tidak termasuk rembesan hormon masing masing.

"Last time you were talking about love, didnt you?" - si dia memulakan perbualan. R u mine dendangan arctic monkey di corong radio.

"Cant recall, but to me love is not eternal"

"Enlighten me"

"I never save my exes' phone number, because during our time, i can memorized it all. But if you ask me their phone number, i mean now, sorry, i cant remember"

"Maybe its just you?"

"I bet you couldnt too"

*****

Kami sampai di tempat makan kegemaran kami. Aku ke meja yang satu itu, seperti selalu.

"So dear, i love you doesnt mean anything to you?"

"Id prefer with i last you"



Jack murthi,
Ampang damai,