Selasa, 4 Ogos 2015

Aku tak yakin yang aku mampu...

"Kenapa tiba-tiba you nak end this relationship?"

Aku tidak mampu memjawab soalannya. Sebenarnya bukan aku tidak mampu memberikan jawapan, tetapi aku tidak mahu menjanjikan sesuatu yang aku tak pasti dapat penuhi. Dia masih memandangku dengan renungan yang tajam. Dia mengharapkan jawapan.

"Dah 2 tahun, then tiba-tiba you nak I lupakan pasal kita? You ni dah kenapa?!" Dia marah dan keliru.

"I tak nak you terlalu berharap dengan relationship kita ni.I ke sana pun bukan sebulan dua, tapi kita akan berjauhan selama 3 tahun. Bagi I, itu terlalu lama. I takut kita tak mampu setia."

"You ada perempuan lain kan?!"

"Kenapa you tuduh I macam tu?"

"I tahu pasal Sya. Dan I rasa you hanya tunggu masa dan alasan yang sesuai untuk break up dengan I." Matanya berkaca. Aku hanya membisu. 

"Just forget about all of this. Let us end it here,,, now!" ujarnya sambil dia terus bagun dari kerusi dan meninggalkan aku terpinga-pinga di meja minum. Kelakuan kami disedari oleh beberapa pengunjung lain yang duduk di meja berhampiran. Mereka hanya  memerhati buat seketika sebelum menyambung urusan masing-masing. Tragedi seseorang itu merupakan drama untuk mereka-mereka yang ada disekelilingnya.

By the way. Ada benarnya tuduhan yang dilemparkan olehnya kepadaku. Sya juga akan berangkat ke sana denganku dan dia juga menyambung pelajaran di universiti yang sama denganku.

Dan aku tak yakin yang aku mampu bertahan dengan dugaan sebegitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan