Jam ditangan sudah menunjukkan ke angka 10, Wani bingkas bangun mendapatkan beg tangannya. Dia perlu segera ke perhentian bas jika tidak mahu terlepas bas terakhir yang menuju ke kawasan perumahan tempat tinggalnya.
Tunggu !! jerit Wani apabila terlihat bas terakhir ke destinasi tujuannya mula bergerak meninggalkan perhentian bas yang berada di hadapan bangunan 4 tingkat tempat kerjanya itu. Malangnya bas terus bergerak meninggalkan Wani termanggu sendiri.
"Tak guna betul ! pekak punya driver ! bodoh ! terpaksa lagi aku tunggu teksi " marah Wani sambil matanya terus melihat bas yang semakin jauh menghilang meninggalkannya sendiri.
Kenderaan yang melalui jalan itu semakin kurang seiring dengan waktu mula membuatkan kawasan perhentian bas tempat Wani berdiri terasa sunyi. Wani melihat jam di tangannya, baru pukul 10.23. "kejap lagi ada la teksi lalu" Wani mengomel sendiri.
18.. 18.. 18.. 18.. suara seorang wanita mengejutkan Wani. Wani menoleh ke belakang dan ternampak seorang wanita tua duduk di tepi jalan sambil mengoyangkan badannya ke depan dan kebelakang seolah-olah sedang berzikir. 18.. 18.. 18.. hanya itu yang terkeluar dari mulut wanita tua itu. "ahh orang gila agaknya" gumam Wani tidak mahu mengendahkan wanita tua itu.
18.. 18.. 18.. 18.. suara wanita tua itu semakin kuat membuatkan Wani berasa tidak selesa, Wani berpusing dan berjalan menuju ke arah wanita tua itu. "makcik, apa yang makcik kira?". Tiada jawapan, wanita tua itu terus melafazkan 18.. 18.. 18.. tidak berhenti, apabila pertanyaannya tidak berjawab Wani bingkas memusingkan badan untuk kembali ke tempat asal dia berdiri menunggu teksi tadi.
Dari kejauhan terdengar bunyi kenderaan yang di pandu laju. Tiba-tiba Wani terasa dirinya di tolak oleh seseorang ketengah jalan.
"Aaaahhh !!" hanya itu yang sempat keluar dari mulut Wani apabila melihat kenderaan yang dipandu laju itu menuju kearahnya. Darah merah membasahi jalan. Tubuh Wani kaku terbaring ditengah jalan tidak bernyawa lagi. kenderaan yang melanggar Wani terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian.
19.. 19.. 19.. Wanita tua tadi bersuara semula sambil mengoyangkan badan kedepan dan kebelakang seperti tiada apa yang berlaku.
20...20..20..
BalasPadam