Jumaat, 25 Oktober 2013

Janji.

Its a little bit funny...
This feeling inside..
i'm not one of those..
who can easily hide....

Bunyi nada telefon bimbit mengejutkan Zarul dari tidur.

"Abg dah janji dgn syg xde org lain selain syg dlm hidup abg.. ingat janji kita tu"

Mesg yag sama, sudah 3 malam berturut-turut tidur Zarul dikejutkan oleh mesg itu. Nombor yang tiada di simpan didalam buku telefonnya. Paling pelik Zarul tidak pernah menggunakan lagu Elton John sebagai ringtone mesgnya. Puas Zarul membelek telefon bimbitnya itu mencari kalau-kalau dia ada menyimpan lagu tersebut. Tiada.

"Tak.. Tak mungkin.. Tak mungkin." gumam Zarul sendiri apabila mengingatkan yang dia pernah mengunakan lagu tersebut khas untuk arwah tunangnya Tasha, tapi Tasha dah pergi menghadap ilahi 2 tahun yang lalu. Pergi di pangkuannya selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan. Hampir setahun dia memerap di dalam bilik memencil diri kerana kehilangan Tasha. Zarul memberanikan diri mendail nombor penghantar mesg itu.

" Maaf nombor yang anda dail tiada didalam perkhidmatan kami.." Tutt..

"Operator.. Gila agaknya maxis ni.." Zarul menyedapkan hati sendiri.

-----------

"Hai awak.. lama tunggu? maaf lewat jalan sesak tadi."

Zarul tersenyum melihat gadis genit di depannya. Zarina, gadis cantik yang baru di kenalinya 4 bulan lalu sewaktu mula berkerja di Bina Holding selepas hampir setahun memencil diri kerana pemergian Tasha. Zarina lah orang yang menghiburkan hatinya. Menjadi pendengar setia setiap luahan hatinya sewaktu dia merindui Tasha. Menemaninya keluar menonton wayang dan membeli belah apabila gaji dan akhirnya Zarina kini menjadi ratu hatinya yang baru. Zarina berjaya membuatkan Zarul lupa kenangannya bersama Tasha.

"Terima kasih, Ina" hanya itu jawapan yang keluar dari hati Zarul ketika menjawab pertanyaan Zarina tadi. sambil bibirnya terukir senyuman bahagia.

-----------

Zarina bergegas ke bilik air sebaik sahaja masuk ke rumah setelah di hantar pulang oleh Zarul. Kesejukkan penghawa dingin di pawagam tadi membuatkan dia terasa tidak tertahan hendak ke bilik air. Rumah teres 2 tingkat itu sunyi sepi. Rakan serumahnya Ita sudah memberitahu yang dia tidak pulang hari ini kerana mahu ke rumah pakciknya di Segambut.

tett !

 "sy dh smpi umah, Thanks teman sy tengok wayang hari ini. Luv u.. "

Zarina tersenyum membaca mesg dari Zarul. Sesungguhnya dia berasa amat bahagia dapat bertemu dengan lelaki sebaik Zarul. Sambil berbaring memeluk teddy bear pemberian Zarul sewaktu hari lahirnya, Zarina berangan membayang kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

Tokk. tokk.. tokkk !! Pintu bilik Zarina di ketuk dari luar mematikan semua khayalan indah Zarina. "Mungkin Ita tak jadi ke Segambut" getus hatinya sambil bangun malas membuka pintu bilik. Tiada sesiapa.

Zarina berjalan ke bilik Ita untuk melihat kalau-kalau Ita ada biliknya, Gelap dan berkunci. Zarina mula berdebar. Peluh dingin mula membasahi bajunya. Bulu romanya meremang dan dia terasa seperti sedang di perhatikan. Zarina memberanikan diri untuk turun mencari Ita di tingkat bawah.

Langkah Zarina terhenti di tangga. Dia mahu berlari ke bilik tetapi kakinya kaku tidak mampu bergerak seolah-olah dipaku di lantai., dia mahu menjerit meminta tolong tetapi mulutnya kelu tidak mampu bersuara.

"Kenapa kau ganggu Zarul? Kenapa? Zarul milik aku dan aku tak akan membenarkan sesiapa pun merebut dia dari aku. !! "

Wanita cantik berpakaian kebaya bercorak batik di hadapan Zarina menjerit ke arahnya tiba-tiba muka cantik itu mula berubah hodoh, daging pipi wanita cantik itu berubah busuk dan berulat. Bau hanyir darah menusuk-nusuk ke hidung Zarina. Dan serentak dengan itu Zarina terasa dirinya melayang jatuh bergolek dari tangga. Pandangannya gelap.

---------------

Zarul mengosok matanya berulang kali. Dia seolah tidak percaya apabila mendapat panggilan memberitahunya Zarina sudah meninggal. Zarul bergegas bangun membasuh muka, bersiap ala kadar dan terus keluar menghidupkan enjin keretanya. Fikirannya tidak keruan. Dan dia tahu dia mesti ke rumah Zarina secepat mungkin untuk mendapatkan jawapan. Zarul memecut Honda Jazznya laju menuju ke rumah Zarina.

Halaman Rumah teres 2 tingkat itu dipenuhi orang ramai sewaktu dia sampai ke sana, kelihatan 2 buah kereta peronda polis juga berada di situ. Zarul terus berlari mendapatkan Ita apabila ternampak Ita menangis sambil di tenteramkan oleh jiran-jirannya yang lain.

"Zarina dah tiada. Aku jumpa dia terbaring berlumuran darah pagi tadi masa aku balik ke rumah. Polis cakap kemalangan, Ina mungkin terjatuh dari tangga dan kepalanya terhantuk ke lantai." Terang Ita kepada Zarul tanpa di pinta.

Lutut Zarul terasa lemah, matanya terasa berair dan Zarul terduduk di situ, menangis tanpa memperdulikan orang di sekelilingnya.

--------------

Zarul merebahkan badannya ke sofa sebaik sahaja pulang dari kenduri arwah Zarina. Semua kenangan bersama Zarina bermain-main di hadapan matanya. hatinya sayu dan air mata lelakinya tumpah lagi.

Its a little bit funny...
This feeling inside..
i'm not one of those..
who can easily hide....

Lagu dendangan Elton John itu berbunyi di telefon bimbit zarul menghentikan lamunannya.

"Puas hati syg, Skrg xde org dah boleh rampas abg dari syg. slmt ulang tahun kita yang ke 5 abg. tasha akan sentiasa di sisi abg. jangan lupa janji kita dahulu."

Zarul terkaku membaca mesg yang baru di terimanya.

3 ulasan:

  1. kesalahan ejaan perkataan dalam ayat yang mungkin tidak disedari.namun jalan cerita menarik.

    kalau aku jadi Zarul ini amatla memedihkan kerana kehilangan orang tersayang.Tambahan lagi luka yang lama belum terubat ditambah lagi dengan luka baru.

    BalasPadam
  2. ejaan amatla tu salah.. sepatutnya amat la. terima kasih.

    BalasPadam