Sabtu, 12 Oktober 2013

Berani

'All I can say is this, every kiss is unique', kata Zain kepada ku. Tiba-tiba sahaja dia lemparkan pendapat tersebut sedang kami rancak berborak di satu meja di sebuah kafe franchise terkenal di KLCC. Di atas meja ada 2 cawan espresso yang sudah tinggal separuh.

Aku tidak berani membantah. Zain  seorang Kasanova, player, buaya. He's been there, done that. Tak perlu aku ragu kata-kata Zain. 

Ramai wanita di ibukota ini kenal Zain dan reputasinya, namun ramai diantara mereka yang lebih dari rela untuk berdamping dengannya. Mungkin wajah dan penampilan kacak Zain disamping kehebatannya bermain kata menjadikan dia magnet wanita. 

'Orang lain suka tunggang motor besar, ada yang suka rock climbing, ada yang suka base jumping, tapi pada aku, aku suka buru ciuman perempuan. That's my adrenaline rush', Zain menambah.

Aku sebagai seorang sahabat amat mengkagumi Zain. Dia berani. Dia berani menjalani hidup dan pilihan hidup yang dibuatnya. Ramai orang yang aku kenal hanya berani cakap, tapi buatnya belum tentu.

'Kau patut cuba bro. Cuba buru ciuman perempuan. Kau pun bukan muka pecah. Have some guts, and go hunt some kisses. Ramai perempuan kat luar sana tengah tunggu kau to make your move', Zain cuba memotivasikan aku. Aku senyum.

Sedang dia rancak bercakap, tiba-tiba matanya tajam memandang pintu masuk cafe tempat kami besantai. Dia melambai kepada seorang gadis yang baru melangkah masuk. Gadis itu membalas lambaian Zain dan kemudian terus bergerak menuju ke meja kami.

'Here come my next new kiss', bisik Zain kepadaku. Aku pun mula memusatkan pandanganku ke arah gadis yang sedang bergerak ke meja kami. 

Tiba-tiba aku terasa senak dan serabut. Gadis yang semakin menghampiri meja kami itu ialah Mel, gadis comel iras Izara Aishah merangkap teman sepejabatku yang selama ini aku ada menaruh harapan untuk memenangi hatinya.

Zain senyum sinis kepadaku. Mel yang telah sampai di meja terus menyapaku. 'Hey, I tak tau pulak you kawan Zain. What a small world...' kata Mel sambil tersenyum. Mungkin dia gembira kerana mempunyai 2 lelaki ini sebagai kawannya. Pada waktu itu senyuman Mel yang selalunya manis bagiku sudah bertukar menjadi kelat.

'Indeed!' tambah Zain dengan senyum yang lebih lebar.

'Celaka kau Zain', bentak ku dalam hati.

2 ulasan:

  1. adakalanya ramai yang ingin didampingi namun tiada peluang menanti.Ada juga yang menanam harapan bertahun tahun namun layu pabila harapan mekar di tapak insan lain.

    BalasPadam
  2. Malangnya kita tidak mempunyai kelebihan untuk membaca suara hati insan lain. Namun jika kita mampu membaca suara hati insan lain, maka tiada lagi misteri dan keajaiban di dunia ini. :-)

    BalasPadam