Isnin, 15 Disember 2014

isnin

Sekumpulan manusia, secara harfiahnya tidak suka pada hari isnin. Hari isnin bagi mereka adalah permulaan untuk minggu itu. Hari yang memerlukan sedikit sparks untuk menghasilkan inertia yang akan habis pada hari jumaat. Klise.

Wujud monday blues. Yang mana perkataan "blues" itu bukanlah sesuatu yang boleh menjadikan sparks. 

*****

0730, ampang park

Aku suka melihat sekeliling waktu ini. Pejalan kaki yang berjalan dengan tempo yang laju. Pemandu kereta di dalam state "get out of my fucking way" dan pengemudi motorsikal yang tenang mencari sisa-sisa ruang jalan untuk laluan.

LRT laluan kelana jaya penuh, penumpang berhimpit-himpit. Semuanya mengeluh berpaksikan satu, "this is my fucking time".

Barista starbucks sibuk melayani pelanggan yang tidak sempat bersarapan secara tenang. Mamak berpeluh peluh menebar roti canai dan kesemua manusia pagi ini, tidak menghiraukan sekeliling kecuali masa.

Once you heard saying that time is gold?

But gold is not time.

Gold is life.

Jack murthi