Jiwa bergelojak
Meronta-ronta
Mahu bebas
Dari semua keji dan kotor
Yang membelenggu
Maka kau mula berkelana
Mencari hingga hujung dunia
Agar bertemu pendita tua
Yang mampu menunjuk jalan
Dan memberi cahaya
Yang akan menerangi gelap jiwa
Sesudah lama mencari
Pendita tua kau temui
Kau luahkan hasrat hati
Agar pendita tua bersimpati
Kepada jiwa ini yang sunyi
Dan hampir mati
Pendita tua diam seketika
Tanda dia menyelami luah rasa
Kemudian dia berkata
"Ketahuilah empunya jiwa
Bahawa hatimu itu
Walaupun sudah kosong dan bersih
Untuk menerima segala petunjuk dan cahaya
Ia juga mampu untuk menerima perasaan riak dengan ilmu yang ditimba.
Maka berhati-hatilah
Wahai empunya jiwa
Agar kau tidak dibutakan dengan riak dan sombong
Kerana bahananya lebih bahaya
Dari jiwa gelap yang sebelum ini sakit kerana rindukan cahaya."
- Ruang tamu, Kuala Lumpur (11 Julai 2014)