17/12/1941, 6.45petang.
BOOMMM !!!
Suasana sunyi Hutan Raub berdekatan dengan Sungai Liang, Pahang tiba-tiba bertukar menjadi riuh rendah dengan bunyi letupan dan tembakkan. Platun 3 Kompeni B 14 RAMD yang diketuai oleh Lt. Hafiz tiba-tiba sahaja dihujani dengan peluru dari serangan hendap yang dilakukan oleh pihak musuh. Lt. Hafiz bersama 12 orang lagi anggotanya terpaksa bertahan dan mencari perlindungan daripada hujan peluru yang dihalakan kepada mereka.
BOOOMMM !!!!
Satu lagi letupan terhasil dari peluru mortar yang ditembak oleh pihak musuh. Debu berserta daun-daun kering berterbangan, pandangan Lt. Hafiz kabur, telinganya berdesing. dia cuba bangun tetapi dia kembali jatuh. Lt. Hafiz dapat melihat dengan jelas 3 orang anggotanya yang berkubu disebalik batang balak berhampirannya melambung ke udara apabila peluru mortar terbabit tepat menuju ke arah mereka. AK47 di tangannya digengam kemas dia menguatkan semangatnya untuk bangun dan berlindung di sebalik sebatang balak.
"Sarjan ! Sarjan !! minta bantuan dari markas !" Arah Lt. Hafiz kepada Sarjan Jamal sambil berlari ke arah Sarjan Jamal yang berselindung disebalik batu besar
Belum sempat Sarjan Jamal mencapai alat komunikasi untuk menghubungi pihak markas memohon bantuan sebutir peluru telah pun menembusi kerongkongnya. Darah Sarjan Jamal memercik ke baju Lt. Hafiz. Stengun di tangan Sarjan Jamal terlepas jatuh ke tanah. Tubuhnya kaku jatuh ke tanah tidak bernyawa lagi.
"Berundur ! semua anggota berundur !" Arah Lt. Hafiz kepada anggotanya yang masih ada. Dia tahu mereka tidak akan dapat memenangi pertempuran ini. Keadaan hutan yang sudah pun mula gelap memudahkan Lt. Hafiz dan platunnya berundur. Hampir separuh daripada anggota platunnya terkorban.
******
7.16 petang.
Lt. Hafiz dan anggotanya berhenti berehat dan merawat luka yang di alami oleh mereka di sebatang anak sungai. Beliau yakin pihak musuh tidak akan mengejar mereka sehingga ke situ.
"Mail, arahkan semua anggota mendirikan khemah, kita akan bermalam di sini sementara menunggu bantuan tiba. Panggilkan Koperal Hasim ke sini sekali." Lt. Hafiz mengarahkan Prebet Ismail memberitahu kepada semua anggota platun yang lain yang mereka akan berkubu disitu sehingga bantuan tiba. Prebet muda yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan itu hanya diam dan menganggukkan kepala tanda beliau paham akan arahan yang diberikan oleh Lt. Hafiz.
Lt. Hafiz duduk bersandar ke sebatang pokok berdekatan sementara menanti Koperal Hasim. Tangannya mengeletar, pertempuran pertama yang dihadapinya selepas keluar dari maktab tentera benar-benar berbeza dengan apa yang dipelajari ketika latihan dahulu. Bayangan pertempuran tadi bermain berulang-ulang kali di matanya, peluh mula membasahi dahinya. Fikirannya kosong. Bau hamis kesan percikkan darah Sarjan Jamil dibajunya tadi menyengat masuk menusuk rongga hidungnya menyedarkan Lt. Hafiz kembali. Lt. Hafiz mengambil keputusan untuk menuju ke arah sungai berdekatan untuk mencuci bajunya dengan harapan bau hamis darah itu berkurangan.
Sedang Lt. Hafiz leka mencuci muka dan pakaiannya dia terdengar bunyi ranting kayu patah di pijak orang. Suara sekumpulan orang bercakap dan berbual jelas kedengaraan. Pantas Lt. Hafiz menyelinap bersembunyi di sebalik batu di tebing anak sungai tersebut. AK7 di sampingnya di capai dan di genggam erat siap sedia memuntahkan peluru mencabut nyawa jika yang muncul itu adalah musuh-musuh yang memburu dia dan anggota platunnya.
"Berhenti! angkat tangan! jangan buat tindakkan bodoh kalau masih sayangkan nyawa kamu !" Lt. Hafiz menyergah sebaik sahaja kumpulan itu melalui tempat persembunyiannya.
"Maaf tuan.. maaf kami tak berniat jahat. kami hanya lalu untuk pulang ke kampung kami tuan." kata salah seorang dari kumpulan itu kaget. Beliau kelihatan sedikit tua dengan uban mula tumbuh memutih memenuhi kepalanya.
"Ada kampung di kawasan ini? setahu saya tidak ada kampung di kawasan ini, di peta operasi saya juga tiada menunjukkan ada kawasan perkampungan berdekatan sini." kata Lt. Hafiz. Genggaman di AK47nya semakin kuat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Sebenarnya kami penduduk kampung dipinggir hutan ini tuan, kami berpindah ke dalam hutan bagi mengelak serangan dari pihak Jepun. Marilah ke kampung kami, bermalam di sana, kami boleh beri sedikit makanan dan ubat-ubatan kepada tuan." Lelaki yang kelihatan seperti seorang ketua di dalam kumpulan itu bersuara lagi menjawab soalan Lt. Hafiz.
"Baiklah saya setuju, sebelum tu mari ke tapak perkhemahan saya. anggota saya menunggu di sana." Lt. Hafiz menjawab, hatinya lega. anggotanya perlukan makanan dan ubat-ubatan.
******
8.03 malam.
Lt. Hafiz dan anggotanya tiba dan disambut dengan mesra di kampung tersebut. Mereka dihidangkan dengan makanan yang lazat. Anggota yang cedera diberikan rawatan oleh seorang penduduk kampung yang di panggil Pak Ali. Beliau kelihatan sangat mahir di dalam bidang perubatan.
"Koperal, hubungi markas dan laporkan koordinat kita. Pasukan bantuan akan tiba esok pagi." Lt. Hafiz memberikan arahan kepada Koperal Hasim.
"Baik tuan!." Patuh Koperal Hasim.
Selepas memberikan arahan kepada Koperal Hasim, Lt. hafiz terus berlalu ke penjuru bilik yang disediakan oleh penduduk kampung kepada beliau dan anggotanya. Lt. Hafiz berbaring dan melelapkan matanya. AK47 miliknya tetap tidak berpisah dari tangannya.
******
13/12/1996, 10.53 pagi.
Hasri tersenyum puas. ketiga-tiga jerat yang dipasangnya mendatangkan hasil. 3 ekor pelanduk berjaya di tangkap. Dia dan seorang lagi rakannya yang bernama Rosli memang gemar memasang jerat untuk menangkap pelanduk di Hutan Raub. Tidak pernah lagi mereka pulang hampa tanpa hasil tangkapan sepanjang mereka memasang jerat di hutan ini.
"Has, jom la balik. Cukup dah ni." Rosli mencadangkan mereka pulang setelah berpuashati dengan hasil tangkapan mereka.
"jom lah." jawab Hasri ringkas sambil menghembuskan asap yang terhasil dari rokok daun yang dikepit kemas di jarinya.
Mereka melangkah laju menyusuri denai yang sudah biasa mereka lalui sambil bernyanyi dan bersiul senang hati dengan hasil yang mereka perolehi. Sekali sekala mereka ketawa dan bergurau.
"Li.. kau tengok tu Li. ada orang terbaring kat belakang pokok balak besar tu la."
Langkah Rosli terhenti, matanya menyorot memandang ke arah yang ditunjukkan oleh rakan baiknya itu.
"Eh, memang ada orang la. Jom kita tengok." Rosli terus melangkah meninggalkan Hasri yang kelihatan sedikit takut menuju ke arah sekujur tubuh yang terbaring itu.
"Hidup lagi ni, jom kita bawa dia balik ke kampung. Biar aku angkat dia, ko bawa senjata dia tu." Arah Rosli tanpa menunggu persetujuan dari Hasri.
Mereka terus berjalan dengan pantas menyusuri denai untuk keluar dari hutan itu, tubuh penuh kesan luka dan kelihatan lemah yang mereka jumpai tadi memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Banyak kesan luka di seluruh badannya.
"diserang haiwan liar mungkin." hati kecil Hasri berkata sambil meneliti tubuh yang sedang dipikul dihadapannya itu.
******
15/12/1996, 3.45 petang.
Lt. Hafiz membuka matanya setelah terdengar bunyi bising dan riuh rendah, tangannya pantas meraba mencari AK47 miliknya. Tiada. dia melihat sekelilingnya, berbeza dengan bilik yang disediakan oleh penduduk kampung semalam, bajunya juga sudah bertukar, tubuhnya dipenuhi wayar yang berselirat. Lt. Hafiz menarik dan membuang ke semua wayar yang berselirat di tubuhnya. Matanya meliar melihat setiap sudut bilik mencari senjata kesayangannya.
"kat mana aku ni? kau siapa? apa ko nak buat dengan aku? mana anggota aku? mana Koperal Hasim? mana prebet Mail?" bermacam soalan meluncur laju keluar dari mulut Lt. Hafiz apabila dia di datangi seorang lelaki berpakaian putih dan ditemani seorang gadis juga berpakaian putih.
"sabar encik, sabar. Bertenang. Nurse sediakan suntikan penenang." Lelaki berpakaian putih itu berkata sambil mengarahkan wanita yang juga berpakaian putih itu.
Tubuh Lt. Hafiz terus melemah apabila di suntik oleh wanita berpakaian putih bersih itu. Matanya layu, fikirannya melayang mengingati apa yang berlaku.
"Dah matikah aku?" soalan yang bermain berulang kali di mindanya sebelum dia terlena tidak sedarkan diri.
******
16/12/1996.
Negara dikejutkan dengan laporan bahawa seorang Leftenan Perang Dunia Kedua dijumpai masih hidup di hutan Raub. Leftenan yang dipercayai dari Platun 3 Kompeni B 14 RAMD dan bernama Lt. Hafiz bin Abu berdasarkan nama pada uniform yang dipakainya sewaktu dijumpai oleh 2 orang pemburu. Senjata dan barangan lain yang di jumpai bersamanya juga menunjukkan beliau adalah Lt. Hafiz yang telah di laporkan hilang dan terkorban didalam pertempuran dengan pihak Jepun pada 17/12/1941. Didalam laporan itu kesemua anggota Platun 3 Kompeni B 14 RAMD yang di ketuai oleh Lt. Hafiz dilaporkan tidak hilang dan tidak dapat dikesan ketika pasukan bantuan tiba.
Ketika ditanya apa yang berlaku Lt. Hafiz hanya terdiam dan membisu. Fikirannya melayang mengingati semula peristiwa yang berlaku setelah dia baring melelapkan mata pada malam dia dan anggotanya berlindung di sebuah kampung di tengah hutan itu.
******
17/12/1941, 1.03 Pagi.
Suara jeritan tiba-tiba sahaja mengejutkan Lt. Hafiz dari tidurnya. Sebaik membuka mata dia dapat melihat dengan jelas leher Koperal Hasim yang tidur di sebelahnya dipenuhi darah. Pak Ali yang sebentar tadi merawat anggotanya sedang leka memamah leher Koperal Ali. Darah memenuhi mulut Pak Ali. Lt. Hafiz terkejut dan lantas bangun, dia cuba berlari tetapi kakinya seakan terpaku ke lantai tidak mampu bergerak. Di sudut bilik dia dapat melihat mayat Prebet Mail, isi perutnya terburai. Sekumpulan kanak-kanak yang tadinya menyambut kedatangan mereka ke kampung itu sedang bercakaran merebut kepala Prebet Mail yang sudah pun terpisah dari badan.
Lt. Hafiz melihat ke kiri dan kanannya.. mayat anggota platunnya bersepah di sana sini. seluruh kampung seakan sedang berpesta dengan darah anggotanya. Lt. Hafiz menguatkan semangatnya, mencapai AK47 dan menghamburkan pelurunya ke arah penduduk kampung yang sedang berpesta dengan mayat-mayat anggotanya itu. Tiada kesan. Peluru tembakkan AK47nya menembusi mereka seperti menembusi bayang berkabus. Lt. Hafiz tergamam, pandangan penduduk kampung itu semua tertumpu ke arahnya.
Lt. Hafiz dapat merasakan perutnya ditembusi jari berkuku tajam milik salah seorang penduduk kampung, belakang badannya juga terasa pedih akibat cakaran dari penduduk lain. Lt. Hafiz melaungkan azan, tindakkannya itu membuatkan kumpulan penduduk kampung di tengah hutan itu tidak keruan. Dan peluang itu terus digunakan oleh Lt. Hafiz untuk berlari keluar dari kampung tersebut. Lt. Hafiz terus berlari dan melangkah jauh dari kampung tersebut. Akhinya beliau rebah dan terbaring tidak sedarkan diri.